CARA SI KURUS ' GEMUKKAN' BADAN

Assalamualaikum semua..

Haritu ada kawan halimah msg halimah personally..dia tanya macam mana nak naikkan berat badan? Apa supplement yg perlu dimakan?..Macam biasa,halimah sendiri tak lah terburu-buru untuk dia beli produk yg halimah jual ni..conversation kami lebihh kepada bertukar-tukar pandangan..

Pengalaman halimah sendiri pernah kurus,dan pernah gemuk.Haaa..jgn tak tau tau halimah sendiri pernah berat 45 kg.Waktu tu mmg workout 'giler-giler'.Tak ambil nasi dan lebih kepada lauk-lauk yg berprotein tinggi.Lepas tu air mineral tak tinggal.

Bila pernah gemuk,org ejekkk pulak.Haishh lah manusia,bila aku kurus kau cakap aku macam 'jerangkung'.Kalau gemuk cakap macam 'tong drum'.Sekarang happy-happy je ok.Workout masih buat dan supplement jugak membantu.

Banyak membebel dah ni.jom tgk apa yg halimah nak share tentang CARA SI KURUS GEMUKKAN BADAN ni..

-------------------------------

1)MAKAN SECARA TERATUR DAN MEMADAI.

Makanan sumber kalori.Anda berpeluang mencapai berat badn idealnya jika makanan yang diambil berpatutan dan sesuai dengan keperluan tubuh.Bagi anda yang bergelar pelajar mahupun bekerja,tubuh anda memerlukan 2000 hingga 2500 kalori setiap hari.Jika selama ini bahagian makanan yang anda ambil itu sudah anda anggap banyak,mungkin bahagian makanan itu perlu ditambah lagi.

Sebaik-baiknya,makanlah 5 kali sehari.Lebih kerap lebih bagus.Paling penting ialah sarapan pagi,tak perlu elak.Sarapan penting agar tubuh tidak mengambil lemak di bahagian kukit.Pilihlah menu yang mengandungi lemak yg cukup untuk tubuh.Kalau perlu tambahkan telur dalam hidangan anda setiap pagi.Makan tengah hari seperti biasa.Pilih lauk yg cukup kandungan lemak.

Sebelah malam pula,amalkan minum segelas  susu sebelum tidur.Untuk makan malam pula perlukan lebih kuantiti makanan yg diambil.Setelah tubuh menampakkan perubahan dan kelihatan ideal,bolehlah kurangkan kuantiti dalam makanan dan makan ikut keperluan.

2)BERSENAM

Jika sebelum ni anda merungut yg anda telah banyak makan tetapi masih kurus.Sebenarnya anda telah tertinggal satu keperluan ,iaitu bersenam!.WAJIB bersenam untuk naikkan berat badan.Makan dengan banyak bukanlah cara terbaik untuk naikkan berat badan.Bukan yg gemuk ingin kurus sahaja perlu bersenam,bahkan yg kurus ingin jadi 'gemuk' juga perlu bersenam.

3) SELERA SEPERTI KUCING

Bagi anda yg kurang suka makan daging dan ikan,anda harus belajar untuk berubah tabiat selera makan seperti kucing.Kucing gemar makan ikan dan nasi.Usahlah ikut selera seperti lembu,walaupun besar dan gemuk tapi makan rumput sahaja.Jika perlu makanlah makanan yg berat seperti sate,steak ,daging dan sebagainya.

4)KUDAPAN

Anda perlu usaha untuk mendapatkan kudapan antara waktu makan.Paling kurang,dua kali sehari.Untuk pengetahuan anda,perut kita mengosongkan diri dalam tiga jam.Selepas 3 jam perlu diisi dengan makanan atau minuman supaya ada makanan yg boleh diserap kalori.Melalui kalori yang melebihi keperluan tubuh inilah tubuh anda yang kurus berpeluang untuk tidak menjadi kurus.Walaupun anda perlu makan untuk menambah kalori,tetapi jangan belasah yang manis dan segala jenis kuih.Ingat!pastikan diet seimbang.

5) MAKANAN TAMBAHAN  @ SUPLEMEN

Memang betol makanan tambahan  memang membantu,tetapi anda perlu bijak memilih.Tapi tanpa pemakanan yg betul,dan senaman menambah berat,makanan tambahan penambah berat badan itu tiada bermakna.Amalkan mealshake,vitalea dan ESP boleh membantu.Tapi ada caranya ya..bukan sembarang makan je..Lagi satu kandungan mealshake juga lengkap,protein tinggi dan banyak vitamin yabg terkandung yang diperlukan oleh tubuh.Kalau makan yg berat-berat tapi khasiat dah kurang risau jugak lain pulak jadinya..Kalau berat tambah 1kg-2kg kira oklah,kang kalau naik mendadak terkejut pulak!hihi!

HALIMAH-0127307312

No comments