Salam semua, harini halimah telinga
berasap dan rasa terpanggil sekejap untuk menjelaskan di ruangan blog untuk
persoalan yang di ajukan daripada salah seorang customer ini.hihi..actually tak
adalah berasap sangat cuma suka berkongsi ilmu dengan semua orang..
Bila rasa telinga berasap mulalah
idea banyak nak keluar sehinggalah terhasilnya penulisanku ini..gituuu!Ok baca
tau..
Soalan : Halimah,betol ke
kalau mengandung tak boleh minum ESP..sebab anak mungkin akan menghadapi
masalah eczema atau masalah kulit /gatal- gatal.
Saya sedang minum
ESP dan sedang mengandung ni..bila dengar perkara2 yang menyeramkan ni jadi
takut pulak..boleh tak halimah tolong jelaskan???
Ok, demi untuk customer
halimah yang bakal menimang cahaya mata yang pertama ini..halimah sudilah
kiranya nak berkongsi juga dengan anda semua tentang ,
1. FAKTA ESP
2. FUNGSI ESP
3. KHASIAT ESP UNTUK IBU HAMIL
4.FAKTOR ECZEMA
5. TESTIMONI
_____________________________________________________
Bagi yang belom
mengenali bentuk dan rupa ESP...ini lah dia produk ESP yang orang dok sibuk
borong sebab harga yang sedang promosi giler2, ini jugaklah produk yang
orang dok sibuk kata ibu hamil minum boleh menyebabkan masalah eczema..
Hihi! halimah sebenarnya
nak gelak sebab ESP sebenarnya bukan PUNCA masalah eczma malah ia lebih kepada
MENYEMBUHKAN masalah eczema, kulit gatal, parut luka, parut jerawat dan
sebagainya.. jadi bila orang main semborono je cakap tanpa BUKTI halimah rasa
takpelah mungkin dia belom cukup ilmu dan cukup pengalaman...cakap tanpa ilmu
semua orang boleh kan...hihi ;)
FAKTA TENTANG ESP
Energizing Soy Protein
Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia denan menjalankan kajian klinikal yang
paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang di perbuat
daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non -GMO (tidak
diubah secara ganetik ) yang diproses di bawah suhu rendah.
Selain itu, setiap tin 1
kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang
boleh bertahan selama berjam-jam. Energizing Soy protein Shaklee mengandungi 22
jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan
9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah
sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira tua atau muda. Indeks Glisemiknya
yang rendah, 39 maka mampu membekalkan tenaga secara berpanjangan dan boleh di
ambil oleh penyakit kencing manis.
Protein kacang soya
adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari
susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolestrol dan mudah diserap oleh badan
manusia.
KHASIAT ESP UNTUK IBU HAMIL
- Beri tenaga sepanjang kehamilan.
- Memastikan tahap kesihatan yang optimun.
- Kulit bayi & ibu akan gebu tanpa sebarang masalah kulit.
- Bantu perkembangan fetus
- Meningkatkan kualiti susu ibu
- Bantu penyerapan vitamin
- Baik untuk sistem imunisasi badan
- Membaiki memori dan baik untuk hormon
FAKTOR ECZEMA
Punca eczema?
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
- Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
TESTIMONI
''dulunya saya tak minum susu soya sebab risau ramai yang viralkan tentang anak dalam kandungan akan terkena masalah eczema..jadi saya tak ambil sebarang susu soya ketika hamil...setelah bersalin selang seminggu, anak mula terkena eczema di bahagian muka dan belakang telinga..mula risau..waktu tu air susu pon kurang, jadi saya ambil esp sebagai milkbooster..tak sangka selepas beberapa minggu, susu sangat mewah dan paling tak sangka masalah anak eczema mula hilang...syukur alhamdulillah '
Pesanan Penaja :
Jadi, mommy di luar sana jangan lah mudah terpedaya dengan kisah pengalaman sahaja yang bukan berdasarkan kajian saintifik... hihi!
Nak tambah kan susu ibu??
Nak bertenaga sepanjang hamil??
Nak rasa kenikmatan susu soya ESP??
No comments