Isnin lepas saya sempat luangkan masa tengok majalah 3..ehh biasa
majalah 3 bukan bersiaran setiap hari sabtu ke??..hihi apa2lah..nampak sangat
kau RAJIN tengok tv halimah...Ok halimah sangat tertarik dengan paparan
semalam..1 jam bersiaran, majalah 3 FOKUS kan cerita tentang ‘si penjual roti’.
Ada 3 slot sebenarnya dan ketiga2 slot sangat menarik jalan
ceritanya tapi yang mengusik jiwa halimah adalah pada slot yang pertama dan
kedua..,
Slot pertama mengisahkan cerita tentang si penjual roti
tradisional.Kenapa Halimah cakap tradisional??Ok baca ni sedikit kupasan yang halimah dapat , sumber :KOSMO,
Begitupun, mungkin ramai orang luar tidak mengetahui cerita di sebalik kilang roti yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat di kawasan Slim River, Perak itu.
Percaya atau tidak, kilang roti milik arwah bapa Mokhtar iaitu Mohd. Taqi Habib telah wujud hampir 100 tahun lalu berdasarkan maklumat asal usul kilang berkenaan daripada cerita orang tua di situ.Kilang tersebut pada asalnya dikendalikan oleh seorang individu yang juga mengusahakan pembuatan roti sekitar tahun 1912.Bagaimanapun, kilang tersebut kemudian dibeli oleh pakcik Mokhtar, Abdul Kadir Habib pada tahun 1950-an yang ketika itu baru berhijrah dari Lucknow, Uttar Pradesh, India ke Malaysia.Dia hanya dapat berniaga buat seketika kerana menemui ajal disebabkan sakit tua. Sebelum itu, arwah mewasiatkan bapa Mokhtar, Mohd. Taqi untuk menerajui perniagaan berkenaan untuk melangsaikan hutang-hutangnya.Bermula dari detik itulah, empayar roti keluarga tersebut bermula sehingga hari ini yang diteruskan oleh generasi kedua iaitu Mokhtar sendiri.
Tiada nama khas.Menariknya, populariti roti yang diusahakan keluarga itu mampu bertahan lebih 60 tahun walaupun tidak mempunyai nama khas.
Sebaliknya, nama roti yang diusahakan Mokhtar diberikan sendiri oleh pelanggan-pelanggan tetapnya dengan gelaran seperti roti Babu, roti Tapah, roti Benggali dan roti sedap.
Slot kedua pulak menceritakan tentang ’Si Bai’ Penjual
roti..kalau kita cakap bai jual roti je kita dah bayangkan roti yang banyak di
atas motornya, jalan sekitar taman sambil bunyikan hon kan??. Bila tengok kisah
yang kedua ni halimah teringat masa kecil2 suka sangat beli roti dengan BAI
ROTI ni..hihi!rasa terimbau kenangan lama lah pulak..Halimah juga kagum dengan
kesungguhan bai roti ni bila seawal pagi dah kena bangun dan mencari rezeki.Pagi2
dah ‘setup’ roti atas motor. Bukan sikit roti yang di bawa yer,banyak sungguh
sampai kalau orang yang tengok rasa nak terbalik motor tu. Bayangkan lah dengan
muatan berat, bai roti perlu menyusuri jalan raya besar dan kecil dan juga sekitar taman perumahan.Kerjanya
bermula jam 7 pagi sehingga larut malam. Tapi hasilnya lumayan walaupun kerja
tu kadang-kadang di pandang enteng.
Baik, bila tengok paparan kedua- dua slot ni halimah rasa
seronok tengok mereka berniaga. Masing-masing ada kepakaran sendiri untuk
berniaga dan cara tersendiri untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.Bagi halimah, kedua2nya
adalah cara tradisional dan ternyata sekarang dah jarang-jarang ada orang
seperti ini. Ibaratnya , cara sebegini macam di telan zaman sebab zaman sekarang makin moden
dan canggih. Kalau boleh orang sekarang nak kejar cara yang senang jer. Hihi!
Anda minat berniaga tapi tiada MODAL???
Modal serendah RM79.50, ANDA mampu mendapat
'side income' minimum RM 200!
Nak tahu cara??
menarik kan slot majalah tiga ni, teringat dulu2 roti memang keras kulitnya bila dibuat cara tradisional ni :)
ReplyDeletehehe...awak pon tgk yer..tabik spring lah kan pada penjual roti
ReplyDeletepenjual roti pun ade mulianya dan ade faedahnyaaa, asl halal dan rajin, mesti berjaya punyaaaa, inshaALLAH
ReplyDeletebetol sis, hati kena kering ni nak berjaya...hihi
ReplyDelete