Hai… lamanya halimah tak update blog..rindu rasanya
jari-jemari ni nak menari2 di atas keyboard..hehe!
Walaupun halimah tak publish apa2 post sebelum ni tapi
halimah dah siapkan juga beberapa entry untuk tatapan umum, nanti korang boleh
baca satu persatu yer..Terima kasih sebab sudi membaca, love you lah!
Harini halimah mulakan entry dengan kisah peribadi, malu
sebenarnya nak cerita tapi sebab nak share something yang mungkin boleh jadi
panduan untuk semua..
Korang dah sedia maklum kan, sebelum ni halimah ada up
entry tentang pemergian husband halimah ke India selama 44 hari….lama
kan??kalau orang bersalin dah habis pantang pon..baby pon dah nampak dunia
agaknya..hehe!.
So pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 10.1.2015, husband baru je selamat balik ke
Malaysia..aha!sekarang korang baru tau kan kenapa halimah dah brapa hari tak
update blog…syhhh!!!! Duduk diam2 kalau tau ea..hihi…lepaskan rindu lah oii
gamaknya..rindu betol ni sampai lupa semua..kihkih, memang mabeles!
So, sebelum husband balik halimah ada;ah tanya something
pada dia..ini conversation kami berdua..ehek!:
Halimah : Abang, awak mesti dah rindukan masakan
Malaysia ???
( padahal kau nak cakap masakan air tangan isteri kan???,tapi maluu..haha)
Suami : Haah…mestilah rindu..lagi
rindu masakan isteri abang yang comel ni..
Halimah : Ohhhh…yeker! (YES!
Selamat dia faham)
Suami : Nanti awak masakan saya
ea??
Halimah : Awak nak makan ape ??
Suami : Saya nak makan ayam masak
kicap ( favorite die nihh..dah duduk india pon masih suka kicap), Asam pedas,
dengan sayu dan kuah pecal
Halimah : Ohhh banyaknya????
Suami : Mana ada banyak…
Halimah : Ok, nanti saya buatkan
untuk awak yang paling special punya dalam dunia..
Suami : WOW!
( padahal dalam hati dah
menjeri..balik lah cepat abang hui .... dah rindu kesumat ni ,haha)
So, selang beberapa hari tu
halimah dah cakap dengan mak siap2 nak masak macam yang dia mintak dan ada
terfikir jugak nak belikan kek sempena harijadi husband yang lepas. So mak
macam biasa..dia ye kan jelah anaknya ni…layannnnnn….
KEK??
arghhhh halimah stress
sebenarnya sebab tak tau kek yang mana yang
paling sedap dalam dunia ( itu pon kau nak stress ke halimah??telan je lah
B complex, sebab ia boleh mengurangkan stress atau lebih dikenali sebagai supplement
anti-stress…oi kau sempat iklan heee).
Pada mulanya halimah nak jer beli kek
dekat secret recipe tu haaa..tapi bila fikir balik dah lah jauh nak kena
beli..dekat Jusco Permas nu ha…bukan rajin pon nak ke sana…pulak tu dah biasa
sangat..halimah biasa lah memang sukakan kelainan..dah nama nak buat paling
special dalam donia..haaaa giteww!. Lepas tu muncul idea nak buat kek
sendiri..kek Aiskrim..siap dah screenshot sebab based on cara yang ditunjukkan
memang senang sangat..tapi idea ni macam tak best..buatnya aiskrim tu
cair…uhh!idea ni x best langsung!
Jadi nak dijadikan cerita..
one
day haritu halimah ada singgah di shell nak tuang minyak..so singgah lah kejap
dekat kedai tu haaa..masa nak bayar terpandang coklat Kit Kat..jadi
apelagi…sambar lahhh! Pagi-pagi buta halimah dah sarapan dengan coklat KIT
KAT..memang cool sangat…hihi! So masa drive nak pergi kerja tu, sambil dengar
IKIM FM, sambil tu jugak halimah makan
coklat KIT KAT tu yang dibeli dengan
harga RM2.90 .Masa makan tu halimah tetiba mengalir air mata…hati tisu gak kau halimah kan....
haaaaa apekah
yang terjadi???
.
.
.
.
Sebenarnya hati ni tetiba meluap2
rasa rindu kesumat dewa dengan husband..teringat husband selalu makan coklat
KIT KAT ni kalau kami jalan jauh..kalau kami jalan dekat2 pon yang hanya
cuma nak pergi kipmart pon dia suka
makan coklat KIT KAT. Dia cakap mebeles!!!...memang pon sebab coklat yang penuh
dan pekat…bila makan, cair di dalam..hehe….So dari situ timbullah idea halimah
nak hadiahkan suami sejambak coklat KIT KAT..rare tak idea tu????hahaha~
Ok dah set idea tu dalam
kepala..dalam hati sebut ‘ mesti husband suka!’.
Kata Ustaz Kazim bila husband
balik dari outstation, bukan sahaja husband perlu berikan hadiah untuk
isteri..isteri jugak boleh berikan hadiah buat suami..tanda menyambut
kepulangannya..bukan harijadi je bagi hadiah..barulah hubungan suami isteri tu
lebih erat….
Then masa hari Khamis haritu ( 08/01/2015)
halimah bergegas ke ERA NONA..deal dengan adik tu boleh tak buatkan sejambak
coklat KIT KAT yang paling special dalam donia???haha! . Nasib halimah memang
baik sebab adik ERA NONA tu setuju walaupun mereka sedang sibuk buat tempahan
hantaran..selit kan jugaklah order dari halimah ni..hajat besarrr tu..kalau
adik tu cakap tak boleh tadi memang aku tunggu depan kedai tu..tanda protes!
So sepantas kilat halimah pergi
cari COKLAT KIT KAT…borong sampai orang kedai tu cakap “Adik, ada pertandingan
ke..macam tergesa2 jer?’ haha..korang rasa???Lantak ler orang tu nak fikir
apa..yang penting hajat aku tercapai..Dah settle halimah terus pass kat adik
ERA NONA tu tadi…dengan harapan hasilnya sangat cantik….
TUP!TUP! petang jumaat tu halimah
dapat mesej whatsapp dari adik ERA NONA yang janbangan KIT KAT dah
siap..pehhhh, bila tgk gambar tu..terussss melting!!!!!cantiknyaaaaaaa….Tgk
gambar bawah ni…
Oklah kan dengan modal Cuma RM50 termasuk harga coklat
tau..memang berbaloi…memang unik dan rasa kelainannya disitu…melompat2 macam
budak kecik dapat susu ibu!haha..
So balik rumah ,dah senyum
simpul2 sambil bawak jambangan KIT KAT tu…mak pon pelik tgk halimah, terus serbu
halimah sebab nak tau kenapa dok sengih2..kepoh mak aku tau!haha…
Mak pon
cakap’pehhh banyaknya coklat, kau nak bagi siapa ni??..grrr!mak ni tak
‘suspended’ betol!..aku nak bagi siapa lagi lah kan..mestilah untuk
husband…sempat lagi maka cakap ‘ boleh lah, nanti besday ayah kau mak nak
gantung petai,kerda, jering….’hahahahaha..aku gelak sakan..kelakor jugak mak
aku ni…
So di hari kejadian…mas ontheway
nak amek husband dekat Nusajaya , sepanjang jalan tu aku suka fikir yang baik2
terjadi hari tu..betol! sepanjang hari tu berlaku yang manis2 je..swett like
candylicious!..mabeles!Bila sampai kereta husband pon terkejut dengan surprise
dari aku ni…
Husband : Apa ni sayang???
Halimah : alah…cuba tengok??? (
halimah balut denagn plastik )
Husband : Pehhhhhhhhh!!!!!!!!
Coklat kit kat…..
Halimah : hehe! ( sengihhhhh
manjang )
Husband : Thank you sayang!love
you..muuahhh!
Halimah : speechless! (ekekeke)
love you..
Alhamdulillah…semuanya berlaku
sepertimana apa yang dirancang…thanks Allah!.
Ustaz Kazim ada pesan jugak..bila
suami outstation, tunjukkan muka semanis yang boleh walupun kita ada 1001
masalah..sekurangnya 10 minit selepas dia memberi salam dalam rumah..hatinya
terubat rindukan isteri dan keluarga bila dah lama berjauhan..selepas tu
nak hidup kembali normal
terpulang..Sambut suami dengan muka yang berseri2 ..kalau boleh makeup
sikit…bukan untuk orang lain..untuk suami jugak..ok IM Done!
Ehh sebelum tu….ini lah makanan
special dalam donia…Sayur pecal, Ikan merah Asam pedas dan ayam guring masak
kicap….terliur tak korang????hehe.
mabeles kannnnn..sedap aku masak..ehhhh!
ok ini cerita halimah...serba sedikit korang boleh gunakan idea ni untuk yang tersayang..Korang boleh cuba mana tau boleh mengukuhkan ikatan suami isteri..nak beri hadiah mahal2 tak mampu beri ikut kemampuan..kalau itu pon tak mampu berilah senyuman dan kasih sayang...itu pon dak ok buat pelembut hati kan...hehe!
~selamat mencuba~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
No comments