ALKISAH CERITA TABUNG HAJI

Seronok, gembira dan tak terkata dibuatnya..hehe!

apa lah tu si halimah ni kan..ada2 jer..kalau boleh semua benda dia nak speechless..hehe!
-monolog-

Alkisah begini, beberapa hari yang lepas halimah cakap dengan suami yang halimah dah lama nak masuk duit sikit dekat tabung haji ni..bila korek2 balik cari buku akaun tabung haji, akhirnya jumpa jugak, ingatkan dah hilang..hehe!almaklumlah sejak pregnant ni sokmo pelupa..sekali tgk buku akaun..hehe!
last baki tahun 2012 daaa...

(ini conversation kami berdua)

'abang, sayang punya buku ni dah lama tak masukkan duit, tgk ni! dari tahun 2012 tak update,hehe!'

'haa..cantik lah tu, jomlah masukkan duit sekali dalam tabung haji petang ni,'

So petang tu jugak bergegas lah kami ke Tabung Haji..bila sampai di sana, suami cakap yang dia nak pergi cucuk duit, halimah pon cakap ok lah dan terus ke kaunter nombor untuk ambil nombor.

Selepas duduk beberapa minit, suami datang pada halimah ,

'syg dah ambil no??'

'dah..ni haa nombornya'

'sayang, jom daftar haji sekali'

'haaa..betol ke ni??'

'yelah..dah lama nak daftar, ni kebetulan dah ada kat sini, jom lah sekali'

'heee...im speechless abang, dari nak masukkan duit sikit, termasuk banyak..dari nak masukkan duit jer ,sekali daftar haji sekali daa'

'hee..ngada isteri abang ni(sambil cubit pipi)'

ANDA rasa siapakah yang lorongkan hati tu??kalau tak TUHAN kan???

Baik tak perancangan Tuhan??

Alhamdulillah, selamat dah kami berdua daftar untuk menunaikan fardhu haji..rasa macam satu kejayaan sebab nak pergi menyahut seruan ilahi yang ke5 dalam rukun islam iaitu pergi menunaikan fardhu haji bersama orang yang kita sayang.Insyallah kena kuatkan hati dan semangat untuk menabung di tabung haji.semoga cepat impian kami terlaksana dari yang  telah di aturkan.

Bukan ke doa itu senjata muslim?Jadi doalah moga dipercepatkan niatnya..hehe!amin...


HALIMAH HASHIM
0127307312



No comments