Terlintas nak cari resipi urap ni bila haritu suami ada mention 'kalau ada urap ni lagi sedapppp'..haa saje lah tu nak buat ayat touching kat kita suruh kita masak..halimah ni jenis pantang dicabar, walaupun tak reti ku akan gigihkan diri ini untuk cari resipi yang sesuai pastu kita boleh tambah mana2 ikut sesedap rasa..
Ni nak share hasil carian halimah di pakcik google..sekarang dah senang, nak apa semua tinggal bukak hp/laptop dan cari..kalau dulu jenuh jugak nak mencari org yang pandai dan tanya..tak pon pi beli buku resipi dekat bookstore..la ni dah senang semua di hujung jari, tapi kalau tak masak jugak tak tau lah halimah yer,...hehe!
jom tgk mcm mana resipi urap pegaga mak tok ni ,
2 genggam daun pegaga (boleh tambah daun ulaman lain)
10 helai daun cekur ( daun wajib mesti ada)
3 ulas isi cekur ( jika ada lebih baik sebab aroma nya membangkit selera)
1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
Sedikit belacan (jika suka)
6 biji cili padi ( lebihkan jika suka pedas)
Garam
Cara nya:
10 helai daun cekur ( daun wajib mesti ada)
3 ulas isi cekur ( jika ada lebih baik sebab aroma nya membangkit selera)
1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
Sedikit belacan (jika suka)
6 biji cili padi ( lebihkan jika suka pedas)
Garam
Cara nya:
1. Basuh pegaga dan daun cekur, kemudian hiris kasar.
2. Goreng ikan bilis, bawang besar, belacan.
3. Mesin cili padi dan isi cekur bersama ikan bilis, bawang dan belacan yg telah di goreng tadi.
4. Bahan yang telah di mesin di masukkan ke dalam mangkuk, gaul bersama kelapa parut dan garam hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan daun-daun yang telah di potong dan gaul lagi supaya rata dan rasa.
NOTA:
( i ) boleh juga guna daun selum
( ii ) kalau nak masukkan pucuk ubi pastikan ianya di rebus sampai masak kemudian di perah hingga air nya kering baru di potong.
( iii) pucuk paku juga perlu di masak dahulu
( ii ) kalau nak masukkan pucuk ubi pastikan ianya di rebus sampai masak kemudian di perah hingga air nya kering baru di potong.
( iii) pucuk paku juga perlu di masak dahulu
Dah cari saje nak share dengan korang jugak, mana tau ada yang terliur sama boleh lah try jugak,pastu kita share sama2 hasilnya...halimah belom cuba lagi tapi nak siap2 letak dalam blog supaya senang nak refer,hehe!Dalam otak ni dah dapat bayangkan mcm mana rupa urap daun pegaga aku ni hehe!
Ehhh korang jangan tak tau, daun pegaga ni pon banyak khasiatnya tau..Antaranya untuk awet muda, mengecutkan peranakkan, melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan, mencergaskan minda dan banyakkkk lagi khasiat yang tersembunyi di sebalik daun pegaga..Patutlah org jawa suka makan daun pegaga ni, banyak sangat khasiatnya yang kita sendiri tak tau...ingat lagi bila arwah nenek masih ada lagi, kalau balik kampung ulam2 ni mesti dihidang bersama2 dengan lauk..freshh dri belakang rumah arwah nenek tau..
Kalau yang jenis tak makan sayur tu, sila ambil sebiji pil sehari mutivitamin terunggul di dunia iaitu VITALEA IRON FORMULA. Sama khasiatnya dengan orang yang makan sayur berpinggan2..kata nak kulit cantik, tapi tak suka makan sayur, makan multivitamin shaklee pon mampu mendapat kulit cantik dan bersih..ehh terpromote pulak!
Ok lah korang, kalau ada resipi yang best halimah share lagi yer..sebelum tu mehh sama2 kita terliur tgk gambar ni, bayangkan lah dihidang bersama nasi panas..kompem terangkat punya.hehe!
No comments