5 TIPS UNTUK SUSU IBU MEWAH YANG TERBUKTI BERKESAN

''SUSU IBU SEMAKIN BERKURANG SELEPAS BERSALIN''

lebih stress bila hajat dah pasang..kalau boleh nak susu kan anak sehingga 2 tahun  ,sejak anak dalam kandungan lagi...bila dah tertekan dengan niat yang dibuat...hati jadi sedih dan menangis bila tgk air muka anak yang dahagakan susu ibunya..

Ohhh! jangan tertekan terlalu banyak dulu sebab halimah nak share tips yang yang halimah kutip dari pengalaman2 orang yang dah senior dalam bab ini..ada jugak halimah kutip hasil dari bacaan dalam buku..

Alhamdulillah, tips yang akan halimah kongsi ini, setakat ini memang terbukti berkesan..haaaa itu yang nak kita dengar..baru lah lega sikit hati si ibu...sabar yer ibu...halimah sangat faham perasaan itu sebab halimah pon bakal akan jadi ibu jugak...hihi!
(^___^) maluuuu......
Baik, demi ibu-ibu yang comel dan gebu ni , halimah kongsikan 5 TIPS SUSU IBU MEWAH YANG TERBUKTI BERKESAN ..semoga ilmu yang halimah konsi kan ini boleh dipanjang-panjangkan pada kawan-kawan, sedara mara dan yang lain...
selamat meneruskan pembacaan anda dan semoga ianya bermanfaat...sebelum tu nak up sikit gambar baby comel bagi menaikkan nafsu anda untuk membaca hehe...
tgk baby  ni rasa nak gigit tak???
credit to : irine nadia marcello

 5 TIPS UNTUK SUSU IBU MEWAH YANG TERBUKTI BERKESAN
1. PERAH/PAM SECARA KONSISTEN

Perkara paling asas untuk tambah dan pastikan susu badan meriah adalah dengan kerapkan sesi perah susu. Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali. Lagi bagus kalau anak kita kerap nak menyusu.

Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting kena konsisten.
Pernah dengar tak konsep SUPPLY vs DEMAND???

Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.

Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu

Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu
Senang cerita, kalau kita tak nak pam susu, makanya susu pon susah nak refill semula..kalau kita rajin..anak kenyang, matlamat tercapai.

2. MINUM AIR MASAK SEKURANGNYA 3 LITER SEHARI

Rasa susah nak minum air 3 liter sehari???
meh halimah share tips,
biasanya halimah sendiri akan minum air masak sebelum & selepas waktu solat..let say,
solat kita ada 5 waktu kan..jadinya...ok tgk ni ,

SUBUH
sebelum = 250ml
selepas = 250ml

ZOHOR
sebelum = 500ml
selepas = 500ml
ASAR
sebelum = 250ml
selepas = 250ml
MAGHRIB

sebelum = 250ml
selepas = 250ml
ISYAK
sebelum = 250ml
selepas = 250ml
mudah kan???so tiada alasan lepas ni...actually, komponen utama dalam susu badan adalah air..jadi kalau you all sendiri tak cukup air macam mana susu nak cukup??

Lagi satu, lebih baik minum air masak dari minum air yang bergula sebab ini boleh menyebabkan tubuh badan kita dehidrasi..nak minum boleh tapi beringat lah yer...
 3. JANGAN SKIP MAKAN
Untuk menghasilkan susu yang penuh nutrisi, anda kenalah pastikan tak skip sarapan, lunch ataupun dinner. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak anda.

Kekurangan nutrisi boleh menyebab penghasilan susu terganggu. Lagipun kalau anda membiarkan perut anda masuk angin, ada kemungkinan besar anak anda akan ‘kembung’.

tips penting : pastikan anda bawa apa sahaja makanan dalam hanbag contoh biskut atau roti ..jadi bila lapar boleh terus je makan..tak perlu skip.

4. PASTIKAN HIDUP ANDA SENTIASA CERIA
 Aliran susu hanya akan lancar apabila you all tenang dan ceria bak anak kecil dapat gula-gula lolipop..hehe. Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.

Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda. Dalam handphone tu mesti banyak gambar comel di manja kan?



Info: Vitamin B-Complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon ‘ceria’ . Bila telan 2 biji b complex stress yang ada akan release serta merta..tak percaya cubalah..

5. Amalkan Suplemen Seperti Set Penyusuan Shaklee

Suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum.

Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 6 suplemen yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.

Jika anda berminat nak dapatkan set penyusuan shaklee ini, boleh lah hubungi saya  dan dapatkan tips lain dari saya..

contoh:

''FLAWLESNYA MUKA SELEPAS BERSALIN DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE INI"

 
 

 

No comments