TUKAR BERAS BIASA KEPADA BERAS REBUS. APA KELEBIHANNYA?






Hai semua. Ingat tak last month, 16/12/2017 Halimah ada conduct satu seminar kesihatan 
bersama Dr. Zubaidi?

Ok, seminar berjalan lancar dan peserta banyak dapat info tentang kesihatan. Haruslah kan dah nama seminar kesihatan,hehe.

Ok saya bukan nak bercerita tentang seminar.Tapi nak share sedikit ilmu yang berjaya dicedok tentang beras rebus. wah baru tau sebenarnya selain beras putih yang beri efek gemok tu ada jugak kewujudan beras lain yang boleh beri efek kurus sekaligus tahap kesihatan kita insyallah lebih baik sekiranya konsisten amalkan ilmu yang diajar.



Ikuti perkongsian Dr. Zubaidi mengenai beras rebus,



Saya tak jual beras rebus tapi saya suka menikmatinya.Ada seorang pesakit saya yang berkongsi pengalaman.



"Saya penghidap diabetes. Pertama kali cuba pada minggu lepas. Sebelum ini saya makan ubat 4 biji sehari, tetapi saya cuba kurangkan ubat kepada sebiji sehari apabila gula saya sudah 8 sahaja. Itu pun atas nasihat doktor sebab saya pernah hypoglycemic (gula turun 3).



Saya galakkan sesiapa yang diabetic ambil nasi ini sebagai ganti nasi putih"

Ini yang Doc Zubaidi suggestkan untuk kita -kita ni beli,




Tapi, anda masih tertanya-tanya kan, apa khasiat beras rebus ini?

Ok, meh nak share..

1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.
2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
3. Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.
4. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
5. Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.
6. Menjaga jantung dan darah tinggi.
7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.
8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.


Sedikit soalan mengenai beras rebus bombei,

Bagaimana rupa dan rasa beras rebus?

Saiznya lebih pendek. Rasa terpulang kepada anda, ada yang kata sedap, dan ada yang kata tak sedap. Personally saya, untuk kesihatan mana ada yang sedap, kalau sedap itu semua racun. Amalkan selalu insyallah serasi.Lain orang, lan pendapat. Raikan perbezaan pendapat yerk.

Kenapa perlu makan beras rebus? 

Sebab beras rebus mempunyai banyak khasiat. 88% zat nya masih kekal berbanding beras biasa.

Berapa harga beras rebus ?

Kalau di Giant, RM20.90

Jom kita bertukar kearah yang lebih sihat.Insyallah.

sumber : beras rebus, diet alkali


No comments