BRAXTON HICKS MUNGKIN??

Yes, I am!



Sekarang ni kalau org kata 'braxton hicks' mungkin kot sebab halimah sekarang ni dah masuk 39 minggu usia kandungan,anytime je boleh deliver baby ni.

Braxton hicks ni macam rasa sakit pra-bersalin je org kata.

Sekarang ni apa yg halimah alami ialah sakit pinggang yang amat sangat,kalau dah datang sakit tu mmg mintak husband tolong urut2 kan sikit belakang, betolkan posisi duduk takpon halimah baring jer,kadang2 sampai terlelap hehe! sakit pinggang ni datang tak lah kerap cuma sekejap2 jer..

Tidur pon dah tak lena skrg ni, sekejap2 tersedar dari tidur...pukul 2-3 pagi pulak tu..tapi ada bagus jugak time2 macam ni tersedar kan senang nak buat solat tahajud, kalau tak selalu ke laut,hehe!
Boleh lah baca AQ sekali, ada hikmah jugak kena sakit2 manja pagi2 buta mcm tu.

Sakit dekat bahagian ari-ari. Yes! kalau sakit ni datang halimah macam kena renjatan eletrik tau,sebab ia rasa mencucuk-cucuk. Sampai kadang2 terfikir, kepala baby ni menendang pintu rahim aku ker???

Perut mengeras! ha ini lagi satu keadaan yang mana halimah rasa tidak cukup selesa bila baby suka mengeras dalam perut. Sampai naik senak perut kita tau dibuatnya, pusing kekiri tak kena, pusing ke kanan pon tak kena. Duduk lagi lah tak kena. 

Bila dah lebih 9 bulan ni, doc cakap baby akan kurang aktif pergerakkan nya cuma kena monitor selalu cukupkan sampai 10 kali gerak,Incase kalau kurang kena cepat pergi hospital sebab dikhuatiri baby lemas dalam perut.Statement doctor buat aku cuak, so mmg aku pantau giler-giler lah pergerakkan baby. Asal dalam pkul 5 mcm tak cukup, dah sibuk call husband..hehe!Excited kau risau punya pasal.

Kurang aktif bukan lah sebab apa, cuma ruang dalam perut ni dah memenuhi sangat, sbb tu kadang2 baby dok mengeras dan pergerakkan kurang aktif. Tapi kadang2 aku rasa degupan jantungnya laju betol.itu kira ada pergerakkan lah kan??

Bila pra-sakit bersalin ni datang, halimah cuba pujuk baby dalam perut ni,

'kalau hang nak keluar katakan nak keluar, jangan bagi ibu ternanti-nanti'

hehe~main2 ye kau anak!suka betol ni duduk dalam perut ibu.

So far, bila berlaku braxton hicks ni aku tak cuak dan kelam-kabut  sampai terus pergi hospital lah, sebab aku takut kalau kena seluk2 ni. So pada aku better aku tunggu betol2 rasa contraction sebenar atau ada tanda2 bersalin macam yang pernah aku baca dalam google.

Antara tanda -tanda bersalin ialah :

1. pecah ketuban air/darah
2. keluar air jernih / air jernih + darah
3. sakit pinggang
4. sakit bahagian V
5. perut mengeras (braxton hicks)
6. bahagian atas perut terasa kosong, bahagian bawah rasa keras/penuh
7. kerap buang air kecil
8. terasa nak membuang / perut memulas
9. sakit perut
10. dan lain -lain

So far yang aku dah rasa point no 3,4,5 jer tapi tu pon yang tak extreme sakitnya. Bila ngadu dengan husband pon dia cakap rilex lah dulu, baby belom nak keluar tu, acah-acah je sbb nak bagi ibunya rasa sakit bersalin tu macam mana...bila dgr husband ckp mcm tu hati ada lega sikit lah cuma part ayat hujung sekali tu  buat aku rasa kecut-perut.

Yelah bila aku tanya pengalaman org bersalin, peh memang menakutkan..tapi nak tak nak aku kena lah lauinya jugak nanti cuma dalam fikiran aku, aku set tak nak DENGAR CAKAP ORANG, nak laluinya sendiri..orang kata ni semua bergantung pada rezeki masing-masing..ada yang sakit giler, ada yang sakit sikit jer. So daripada aku semakkan kepala fikir perkara yang aku sendiri belom pasti bahagian aku mcm mana, baik aku banyak berdoa dan buat amalan rohani supaya hilang sikit rasa gemuruh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini ada sedikit fakta tentang BRAXTON HICKS yang aku korek info dalam babycentre.com. Untuk ibu2 di luar sana boleh lah baca untuk manfaat bersama. Sejak2 nk jadi ibu ni, pengetahuan am kena banyak jugak..hehe!


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma
  • tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:

  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:

  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengah dok menaip entri ni pun ada rasa sakit2 ni, jadi rasanya sampai sini dulu je lah yer. Nak rehatkan diri, kematu dah punggung ni duduk lama-lama ni.hehe!Kita jumpa next entri,nak cerita sikit tentang promosi BULAN OKTOBER ni...siap sedia ye you alls!

'Hint' sikit....

#vitamin kesuburan wanita dan kecantikkan dalaman
#vitamin cinta sang suami & isteri
# vitamin anak2 utk minda

Bulan ni ada BELI 1 PERCUMA 1???

Ahaa~nampak mcm menarik kan??tapi tunggu lah yer pengumumannya disini.;)




1 comment

  1. salam perkenalan..ini baby first ke awak?congratulations and enjoy motherhood :-)
    syureinadiaries.blogspot.my

    ReplyDelete