Jual Roti Juga Lumayan,yang penting...


Isnin lepas saya sempat luangkan masa tengok majalah 3..ehh biasa majalah 3 bukan bersiaran setiap hari sabtu ke??..hihi apa2lah..nampak sangat kau RAJIN tengok tv halimah...Ok halimah sangat tertarik dengan paparan semalam..1 jam bersiaran, majalah 3 FOKUS kan cerita tentang ‘si penjual roti’.
Ada 3 slot sebenarnya dan ketiga2 slot sangat menarik jalan ceritanya tapi yang mengusik jiwa halimah adalah pada slot yang pertama dan kedua.., 

Slot pertama mengisahkan cerita tentang si penjual roti tradisional.Kenapa Halimah cakap tradisional??Ok baca ni sedikit kupasan yang halimah dapat , sumber :KOSMO,



''REKA bentuk bangunan itu seakan-akan sebuah bangsal. Melihat keadaan binaan yang diperbuat daripada lapisan papan selain serpihan cat berwarna putih yang kelihatan sudah tertanggal membuatkannya kelihatan agak usang.Namun, bangunan yang disangkakan rumah itu sebenarnya ialah sebuah kilang memproses roti yang masih kekal seperti asalnya walaupun zaman telah berubah. Meninjau kilang yang dikatakan sudah berusia hampir 100 tahun itu, bermula dari pintu gerbang menghala ke ruang masuk utama hingga ke pintu belakang, jelas membayangkan pemiliknya, Mokhtar Amat Mohd. Taqi, 49, sarat dengan nilai-nilai sentimental.
Begitupun, mungkin ramai orang luar tidak mengetahui cerita di sebalik kilang roti yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat di kawasan Slim River, Perak itu.



Percaya atau tidak, kilang roti milik arwah bapa Mokhtar iaitu Mohd. Taqi Habib telah wujud hampir 100 tahun lalu berdasarkan maklumat asal usul kilang berkenaan daripada cerita orang tua di situ.Kilang tersebut pada asalnya dikendalikan oleh seorang individu yang juga mengusahakan pembuatan roti sekitar tahun 1912.Bagaimanapun, kilang tersebut kemudian dibeli oleh pakcik Mokhtar, Abdul Kadir Habib pada tahun 1950-an yang ketika itu baru berhijrah dari Lucknow, Uttar Pradesh, India ke Malaysia.Dia hanya dapat berniaga buat seketika kerana menemui ajal disebabkan sakit tua. Sebelum itu, arwah mewasiatkan bapa Mokhtar, Mohd. Taqi untuk menerajui perniagaan berkenaan untuk melangsaikan hutang-hutangnya.Bermula dari detik itulah, empayar roti keluarga tersebut bermula sehingga hari ini yang diteruskan oleh generasi kedua iaitu Mokhtar sendiri.

Tiada nama khas.Menariknya, populariti roti yang diusahakan keluarga itu mampu bertahan lebih 60 tahun walaupun tidak mempunyai nama khas.
Sebaliknya, nama roti yang diusahakan Mokhtar diberikan sendiri oleh pelanggan-pelanggan tetapnya dengan gelaran seperti roti Babu, roti Tapah, roti Benggali dan roti sedap.



Slot kedua pulak menceritakan tentang ’Si Bai’ Penjual roti..kalau kita cakap bai jual roti je kita dah bayangkan roti yang banyak di atas motornya, jalan sekitar taman sambil bunyikan hon kan??. Bila tengok kisah yang kedua ni halimah teringat masa kecil2 suka sangat beli roti dengan BAI ROTI ni..hihi!rasa terimbau kenangan lama lah pulak..Halimah juga kagum dengan kesungguhan bai roti ni bila seawal pagi dah kena bangun dan mencari rezeki.Pagi2 dah ‘setup’ roti atas motor. Bukan sikit roti yang di bawa yer,banyak sungguh sampai kalau orang yang tengok rasa nak terbalik motor tu. Bayangkan lah dengan muatan berat, bai roti perlu menyusuri jalan raya besar dan kecil  dan juga sekitar taman perumahan.Kerjanya bermula jam 7 pagi sehingga larut malam. Tapi hasilnya lumayan walaupun kerja tu kadang-kadang di pandang enteng.
Baik, bila tengok paparan kedua- dua slot ni halimah rasa seronok tengok mereka berniaga. Masing-masing ada kepakaran sendiri untuk berniaga dan cara tersendiri untuk  mencari rezeki bagi menyara keluarga.Bagi halimah, kedua2nya adalah cara tradisional dan ternyata sekarang dah jarang-jarang ada orang seperti ini. Ibaratnya , cara sebegini macam di telan zaman sebab zaman sekarang makin moden dan canggih. Kalau boleh orang sekarang nak kejar cara yang senang jer. Hihi!
 
Kesimpulan yang kita boleh belajar dari cerita si penjual roti ni ialah KESUNGGUHAN dan KETEKEKUNAN dalam menjalankan perniagaan. Tak kira lah apa pon yang kita bisnes, janji kita fokus pada satu2 kerja dan kalau boleh buat sampai jadi..haaa, maksudnya kita merasa hasil daripada apa yang kita niagakan..Kalau kita jenis suka lompat2 bisnes, apa yang kita impikan dan inginkan akan mejadi sia-sia. Selalu halimah tekankan pada diri sendiri ialah supaya rajin usha, rajin mencari idea, dan rajin memperbaiki kelemahan sendiri. Nak berjaya bukan senang, tapi dengan adanya usaha dan semangat yang kental, Insyallah semuanya akan menjadi kenyataan.


Anda minat berniaga tapi tiada MODAL???
Modal serendah RM79.50, ANDA mampu mendapat 
'side income' minimum RM 200!

Nak tahu cara?? 

 

4 comments

  1. menarik kan slot majalah tiga ni, teringat dulu2 roti memang keras kulitnya bila dibuat cara tradisional ni :)

    ReplyDelete
  2. hehe...awak pon tgk yer..tabik spring lah kan pada penjual roti

    ReplyDelete
  3. penjual roti pun ade mulianya dan ade faedahnyaaa, asl halal dan rajin, mesti berjaya punyaaaa, inshaALLAH

    ReplyDelete
  4. betol sis, hati kena kering ni nak berjaya...hihi

    ReplyDelete