LAHIRNYA BABY 'NH' KE DUNIA

Assalamualaikum..

Hari ini halimah cuba habiskan satu entry untuk cerita kisah 'orang baru' dalam hidup kami.hehe!. Sebelum ini cuba-cuba jugak nak curik masa utk update blog, tapi tak kesampaian sebab busy menguruskan orang baru . Ini pon halimah baru je settlekan dia menyusu, mandi dan tenteramkannya mengarok haha!.

Ok,berbalik entry di atas,kenapa #babyNH pulak??bukan sebelum ni halimah ada mention #babyNA ke??.Semuanya, last minute plan dan halimah menyempurnakan nama atas pemberian emak halimah sendiri. Actually halimah dah ada nama pilihan sendiri,tapi suami cakap 'takpelah,kita guna nama yang mak bagi dulu, insyallah lepas ni kita guna nama yang sayang nak tu'. Ha nampak tak yang suami dah tak sabar nak cakap 'NEXTTT....',tehee ;)

Seperti yang halimah dah update di FB & Instagram, nama sebenar untuk babyNH ni ialah Nurul Humairaa Binti Mohamad Adib. Nama ni kata emak ambil sempena nama panggilan manja Rasuluallah kepada isterinya Siti Aishah iaitu Ya Humairaa yang membawa maksud putih kemerah-merahan. Sedap disebut dan lembut didengar  nama yang mak cari ni. Kalau tengok humairaa mmg kulitnya kemerah-merahan, sesuai lah dengan namanya tu,hehe!TQ mak.


officially nama puteri kesayangan kami..semoga menjadi anak yang solehah ye sayang ;)

Hilang dah rasa sakit contraction selepas tgk muka baby..memang betol apa yang mak cakap 'nanti kau lupa dah rasa sakit tu macam mana sampai tak boleh cerita dengan orang tau, itulah hebatnya pengorbanan seorang ibu dan kuasa tuhan!'.speechless and thank god!

Flashback balik sehari sebelum halimah berada di hospital,waktu tu halimah sempat ikut mak dan abang pergi kota tinggi, nak survey hotel untuk buat family day nanti;).
Sempat berjalan dan rasa masih kuat lagi masa tu.hehe!

Kalau nak cerita kronologi dari air ketuban pecah dekat rumah sampai baby humairaa lahir ke dunia memang panjang sangat.Nantilah bila kesempatan untuk halimah tulis, insyallah halimah akan kongsikan detik2 manis tu.

Secara ringkas, halimah berada di LR selama 10 jam, dan hanya 10 minit saja masa yang di ambil untuk keluarkan seketul humairaa. 10 jam tu kontraksi yang maha dasyat. Sebab itu lah ustaz-ustaz selalu cakap syurga di bawah tapak kaki ibu, bukan tapak kaki ayah..tehee!Apa yang pasti,lepas je keluar humairaa rasa perut kempis, lega gileeeerr,sakit yang 10 jam tu hilang sekelip mata, sakit nak jahit je kena tahan pulak lepastu...nasib baik ada oksigen..dok asyik tekup mulut dengan oksigen je lah.Gigil kepala lutut mom nak oiii nak keluarkan humairaa,semoga menjadi anak yang mendengar kata dan solehah yer. 

Sampai je rumah, bermula lah kehidupan halimah yang baru dan pikul satu tanggungjawab yang baru sebagai seorang ibu pulak.Maknanya kehidupan semakin busy dan hari2ku ceria dengan kehadiran seketul humairaa yang comel.hehe!

Terima kasih kepada suami yang banyak sangat membantu dan menjadi penyokong kuat halimah masa dekat dalam labour room. Syukur suami sentiasa berada disisi halimah sepanjang tempoh kelahiran humairaa ni. Masa tempoh berpantang ni pon suami banyak sgt membantu, dari segi melengkapkan kelengkapan halimah dan anak, sama-sama berjaga  malam, tolong  jagakan  humairaa, mandikan anak semualah...suami dah boleh buat. Itupon hasil tunjuk ajar dari emak.Takpe, belajar sikit-sikit insyallah lepas ni dah boleh master dalam bab anak,kalau next nak tambah anak 2@ 3 dah mahir. Bukan tambah isteri naaaa....!

Terima kasih  jugak pada emak sebab selama tempoh berpantang ni halimah berada di rumah mak. Dari segi pemakanan semua di jaga oleh emak. Banyak jugak lah belajar dari mak ni. Cara nak atasi anak kalau ada masalah kembong perut, cara menyusukan anak ,cara mandikan anak dan  banyakkkk lagi,Ini pon kalau nak cerita satu persatu, terlalu banyak walaupun kita rasa benda ni macam remeh -remeh je.

ok lah sampai disini dulu yer,halimah nak mandikan humairaa sekejap lagi, lepas tu nak menyusukan dia...hehe! nanti kita jumpa lagi ok..tgk lah gambar ni dulu yer...


inilah baby shaklee sy , fresh from oven seberat 3.2 kg :)


Pemandangan pagi ;)
Betol2 anak bapak tauuu...jeles I






No comments