SHAKLEE DALAM BAHAYA ? HIDUP DAN MATI SHAKLEE DITENTUKAN OLEH DR GLADYS BLOCK ?

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, semalam dah berakhir sesi Ireach Super Star, ye sesi yang mengiktiraf para family iReach yang berjaya melakukan sales terbanyak bagi bulan april sampai jun. Tahniah buat semua. Tapi, part paling best bila MasterZainul Anuar bercerita tentang kepentingan Land Mark study yang melibatkan produk Shaklee dan pihak ketiga. Kenapa Land Mark study ini sangat penting ?




Apa itu Land Mark Study ? ye, ye diibaratkan macam landmark kat sesuatu negara. Kalau kau pergi Paris, landmark dia adalah Efiel tower, pergi Kuala Lumpur ko jumpa KLCC. Benda ini sebagai penanda aras kepada sesuatu tempat, dan tempat paling mudah kau nak refer . Jadi mudahnya land mark study ini adalah satu result yang sangat menyeluruh. Dalam sesuatu bidang, land mark study ini akan menjadi rujukan seluruh ahli dalam bidang tersebut. Sama ada study itu sangat signifikan atau tidak, ianya akan menjadi penanda aras bagi bidang tersebut.

Sejak 2004, Roger Barnett sangat komited dengan Shaklee, dia sangat yakin produk shaklee memang outstanding dalam Amerika. Roger Barnett sendiri melakukan kajian, nak tahu, betapa bagusnya shaklee, sebab ianya berlaku pada anak beliau Spencer Barnett yang kembali sihat dari asma, hanya dengan menukar pencuci di rumah mereka kepada yang lebih natural, iaitu tentu sekali Basic-H.

50 tahun meraikan kejayaan Shaklee bertapak kukuh dalam industri nutrisi, sudah tiba masanya untuk Shaklee mengambil langkah untuk membuktikan produk mereka ini betul-betul selamat, jadi kajian perlu dilakukan kepada pengguna produk shaklee. Roger Barnett yakin, data saintifik sahaja yang boleh membuktikan produk shaklee adalah yang terbaik dan lebih bagus dari produk lain. Itu matlamat Roger Barnett yang sangat jelas.

Tapi ramai tak tahu, sebenarnya, dalam suatu dunia yang berbeza, dunia nutrisi, ada seorang insan yang sangat-sangat prihatin terhadap penggunaan multivitamin dan supplemen. Orang itu ada dalam gambar ini, iaitu Dr Gladys Block dari University of California, Berkely. Kenapa dia sangat risau tentang penggunaan multivitamin nih ?

Sebagai orang Profesor dalam bidang Epidemiology dan Nutrisi, dia adalah orang yang mencipta piramid makanan, bagi mendidik rakyat Amerika untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Dia sebenarnya sangat risau dengan trend yang berlaku di kaca televisyen sana, sebab semua orang dok promote multivitamin, dan cakap makan supplement akan menjamin kesihatan yang lebih baik. Kenapa jadi macam nih ? jadi trend pulak time tuh ? Ye semuanya sebab satu Land Mark Study pada 2002, yang dijalankan oleh Kathleen M. Fairfield, dan Robert H. Fletcher, dari Harvard Medical School. Publication yang dikeluarkan oleh Journal of the American Medical Association mennyatakan orang dewasa perlu mengambil vitamin untuk hidup lebih sihat.

Gladys Block sangat risau dengan result ni budaya multivitamin nih ? Eh bukan lagi bagus ke ada result macam nih ? TAk bagus. Ye sebab ada banyak perkara yang dia tak puas hati dengan hasil kajian itu.

PERTAMA - korang boleh search dan baca sendiri journal yang bertajuk " Vitamins for Chronic Disease Prevention in Adults : Scientific Review ". Baca tajuk pun dah tahu, ianya hanya review, land mark study yang berdasarkan review. Korang boleh baca paper tuh, dia kata diorang kumpul banyak result dari jurnal jurnal sebelum tuh, dan membuat kesimpulan pengambilan vitamin penting untuk orang dewasa.

KEDUA - belum tentu jurnal yang dikutip itu adalah jurnal yang sangat bagus dan mengikut piawaian research . Sebab nya, ada satu budaya yang tidak bagus, sebab kajian yang ditunjukkan mungkin ada kesalahan. Biasalah, kadang-kadang kajian hanya dilakukan nak nampak result tuh sangat bagus, dan hanya nak kejar publication bagi sesebuah institusi.

KETIGA - tiada pula disebutkan vitamin brand apa yang bagus untuk pengambilan orang amerika. Jadi, kesempatan ini memang boleh dieksploitasi oleh mana mana syarikat untuk menjual vitamin mereka, dengan hanya memberikan menunjukkan result jurnal tersebut.

Mungkin selepas mengetahui tentang vitamin Shaklee, dan matlamat Roger Barnett untuk mendapatkan data saintifik tentang kebaikan shaklee. Dr Gladys Block sendiri yang approach Shaklee, untuk melakukan kajian. Ye, kali ini Roger Barnett sangat yakin dan memberi Full Control kepada Dr Gladys Block untuk melakukan kajian, dengan mengkaji pengamal tegar Shaklee, pengamal multivitamin lain,dan juga yang bukan pengamal multivitamin. Selain Dr Gladys Block mendapat kuasa penuh. Shaklee nak kajian itu dipublish dalam jurnal peer review. Ianya sangat penting supaya semua metodologi penyelidikan yang dilakukan oleh Dr Gladys Block di pantau oleh pihak ketiga, untuk mengukuhkan lagi keputusan yang diperoleh oleh Dr Gladys Block adalah tepat dan meyakinkan.

Shaklee kena terima keputusan ini seadanya, adakah vitamin shaklee ini sangat bagus, atau vitamin shaklee hanya biasa-biasa saje, sebab semua result akan dipublish oleh Dr Gladys Block. Jadi kalau result tu tak memihak Shaklee, tentu sekali ianya menjatuhkan martabat Shaklee yang sudah 50 tahun lebih bertapak dalam dunia nutrisi. Ini memang misi HIDUP atau MATI shaklee.

APAKAH KEPUTUSANNYA ? TUNGGU SAMBUNGANNYA

No comments