2 SEBAB KENAPA KITA MASIH TAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE

Assalamualaikum semua,

Secara jujurnya,halimah nak cakap..
Ya Allah, rindu nya nak jadi org yg rajin update blog macam dulu-dulu.😂
Sejak ada media social yg lebih pantas utk  akses dan mudah log in guna handphone mcm instagram, fb pages dan personal facebook ni,mmg blog mudah jer dilupakan.😅

Tapi, siapa yg konsisten dengan blog mmg akan rasa istimewanya sebab..
Org sekarang nak cari info mesti dekat BLOG!
Untung-untung boleh dpt customer entah dari mana-mana melalui blog.

So harini ,halimah dah decide nak share info berguna ni dekat blog.
Ala-ala mengubat rindu dgn blog,cewahhh!
(sebenarnya, ambil mood nak aktif balik,huhu)

Ok, make it short,
Halimah sebenarnya dapat ilmu ni daripada org yg dah berjaya.
Org ni tak lain dan tak bukan is org yg dah mencapai pangkat tertinggi dalam Shakle, iaitu rank Master Coordinator.
4 org master yg dah jadi cikgu online halimah,
4 org master ni mereka juga TEKANKAN perkara yg sama.

Sebenarnya, banyak yg mereka dah kongsi dan  pesan,
Tapi untuk harini halimah rasa nak berkongsi 2 perkara jer dulu.
Sebab ini pon antara 2 perkara yg halimah nampak lemah pada peniaga-peniaga online termasuk halimah sendiri.😀

Pernah tak kita tertanya-tanya, kenapa kita dah meniaga 5-6-7 tahun, tapi masih tak berjaya?
Org lain dah naik gunung, tapi kita masih dibawah sedang mendaki.

Kata org 'Allah dah beri setiap rezeki tu pada masing-masing'
walhal kalau kita buat 2 perkara ni sebenarnya kita boleh jer berjaya sama level dengan mereka.

sebab 2 perkara ni kita jadi susah nak berjaya,
sebab 2 perkara ni kita masih dibawah,
sebab 2 perkara ni kita masih buntu untuk cari jalan untuk berjaya,

Jadi, lepas uoll baca apa yg halimah cuba kupas utk 2 perkara ni,
uoll akan nampak sesuatu yg patut uoll ubah,
JANGAN DITAKUK LAMA,
jom kita audit semula dan sama-sama berubah supaya ..
perubahan ni boleh jadi satu titik permulaan untuk kita jadi org yg lebih berjaya.🙌


1.SEBAB YG PERTAMA ADALAH ,ADAKAH KITA  KONSISTEN DALAM BERNIAGA?

Isu konsisten ni ada 2 perkara yg halimah nampak yg  kita perlu check semula,

i)KONSISTEN KER KITA BUKAK KEDAI ONLINE SETIAP HARI?

ii)KONSISTEN KER KITA DENGAN BARANG YG KITA JUAL?

Konsisten ker kita bukak kedai online setiap hari?



ikon wanita berjaya,kena jadi mcm mereka.


Uoll,penulisan halimah kalini nak ajak kita sedar diri sama-sama yg kita ni bukan Neelofa
mahupon Vivi Yusof.😀

Ini bermakna, kita perlu bukak kedai setiap hari walaupon kedai kita cuma kedai online shj.
Tujuannya untuk org kenal kita dan baca posting-posting kita yg kongsikan tak kira dimana
media social yg kita fokuskan.
Bukan posting  seminggu sekali, mahupon sebulan sekali.

oopps, ada ke yg sebulan sekali tu?
Kalau ada, anda dalam konteks peniaga yg parah hehe,

Bukak kedai online seminggu sekali atau sebulan sekali,
Tapi yg kita harapkan adalah jualan yg beribu-ribu atau berjuta.
Itu mmg perkara mustahil yg akan terjadi.

Konsep meniaga dalam online ni samalah dengan konsep kita meniaga yg ada kedai shoplot.
Mmg wajib bukak hari-hari, barulah pelanggan senang nak hadir dalam perniagaan kita.

Berapa konsisten kita perlu bukak kedai online setiap hari?
Jawapan halimah terserah pada anda,
Cuma kalau uoll nak reach dengan apa yg korang niagakan atau erti kata lain org mudah kenal anda,
Anda perlu kerap buat posting yg menarik dan bina enggagement.

Sebagai contoh yg halimah belajar drp cikgu online,

Untuk facebook -
wajib 7x posting ikut waktu-waktu trafik dan waktu org tengah online,contoh waktu pagi ,yg mana masa tu org tengah sarapan pagi sambil tengok handphone.
Biasanya,waktu pagi ni minda bakal prospek kita tu tengah segar bugar,
 jadi kalau rezeki kita insyallah iklan kita mudah lekat di hati prospek kita.

Satu lagi waktu lunch,
waktu ini juga  org tengah busy tengok handphone sambil makan dan berborak dengan geng-geng opis,mana tau sedang kita beriklan, pulak tu iklan kita mcm kena dengan ape yg mereka sedang cari, mmg lebih mudah kita nak tarik rezeki tu.

Selain itu, waktu ptg iaitu waktu org sedang berpusu-pusu balik kerja sehingga jam 10.00 malam,waktu itu juga sesuai untuk peniaga-peniaga online update apa yg diniaga,
mcm halimah even tengah malam pon kadang-kadang masih online dan pm prospek.
Trend org sekarang pon suka online sampai tengah malam.kan?

Keadaan itu tu tak jadik hal buat halimah, sebab itu cuma dionline,kedai dihujung jari,
jadik tiada masalah untuk reply permintaan prospek,
sebab sambil-sambil tu kita boleh jer buat kerja lain.
Kadang-kadang waktu begini juga adalah permintaan halimah sendiri,heheh.almaklumlah i busy waktu pagi dengan aktiviti sendiri.

Satu lagi, kadang-kadang mcm ibu-ibu, waktu tu adalah waktu me time mereka bila anak-anak semua dah tidur,waktu tu lah baru boleh shopping online kan?

Itu cuma panduan untuk uoll as peniaga, sebenarnya waktu bila-bila pon  terserah pada kita.
Pandai-pandailah kita nak manage masa,
Pandai-pandai lah kita uruskan apa yg perlu sebelum buat kerja di online.

JANJI KEDAI ONLINE  SENTIASA BUKAK LAH NAAA.

ok yg kedua tentang isu konsisten ni adalah konsisten ke kita dengan barang yg kita niaga/jual?

Bisnes yg suka bertukar-tukar adalah satu kesilapan besar buat peniaga-peniaga online.
Rasanya bukan cikgu bisnes halimah jer pesan mcm tu, kalau uoll ada pergi talk bisnes yg lain pon mesti ada pesan yg sama jugak.

Sebagai contoh,

harini jual petai, esok jual baju, lusa jual peti ais pulak.itu contoh naa.
Uoll tak konsisten dalam barang yg uoll jual adalah kesukaran untuk prospek dekat dengan anda,malah bukan prospek jer akan beri bad effect,tapi pada anda juga sebagai peniaga.

Anda tidak akan dapat BERI JIWA DALAM BISNES ANDA!


Soal jiwa ni,sebagai contoh halimah jual vitamin kan, kalau halimah asyik tukar-tukar jualan mcm mana halimah nak develop skill yg ada?mcm mana nak upgrade ilmu yg ada?mcm mana nak educate prospek dengan betol?

Surely,mmg tak akan menjadi berjaya mcm org lain sebab TAK KONSISTEN!

setuju tak??

Ini contoh,halimah beri jiwa dalam bisnes shaklee yg halimah tengah buat sekarang ni,


Halimah minat tentang dunia kesihatan, jadi halimah ambil kesempatan masa yg ada untuk cari ilmu dengan org yg pakar. Dalam Shaklee mmg dah ada yg pakar, tapi halimah cuba keluar drp dunia Shaklee sebab nak tgk sejauh mana perniagaan yg halimah usahakan dan perjuangkan ini seiring dengan pakar di dalam Malaysia.Bila dah pergi ke kelas semalam, hasilnya yes..doktor ni pun setuju dgn kita yg suka produk naturally dan organik, tapi kena seiring dgn lifestyle makan dan gaya hidup kita.baru hasilnya tip top!Nak jadi penjual vitamin bukan muda yer, tapi kena ada ilmu insyallah lebih berkat.


Ini cara halimah beri jiwa dalam bisnes halimah sekarang, turunkan ego, kutip ilmu drp org yg dah berjaya, sungguh pon dalam kelas yg halimah pergi waktu tu semuanya golongan muda, halimah percaya ilmu yg diberi adalah ilmu yg berguna.Umur bukan pengahalang untuk beri ilmu, tapi mcm mana cara kita nak dptkan ilmu , usaha itu jauhhh lebih murni.
TURUNKAN EGO yer!


Bila pergi branch,halimah jumpa senior-senior yg masih konsisten dalam bisnes halimah, Curik semangat mereka untuk kita jadi mcm mereka.Ini cara halimah beri jiwa dalam bisnes.


Cara lain halimah beri jiwa dalam bisnes adalah dengan join mana-mana event Shaklee, banyak info boleh dpt dan inilah masa untuk kita jumpa dan bersua dengan org-org Shaklee.Even MLM, depa tak suka lari-lari.Itu tanda perniagaan yg halimah pilih adalah di landasan yg betol.


Jadi anda yg peniaga online,
cuba renungkan sekejap 10-15 min untuk anda fikir secara mendalam,

Setiap hari kita meniaga,setiap hari kita bukak kedai, tapi kena kita tak berjaya mcm org lain?

Mungkin ada kesilapan, tapi kita tak tau.
Jadi dengan perkongsian ini, insyallah anda akan bukak mata seluas-luasnya dan buat sesuatu dalam perniagaan anda.

Dah tau, jangan biarkan tau ilmu ni ,kena ada FAST ACTION, BARU ADA FAST RESULT.

Jangan khuatir, uoll yg peniaga online ni sgt beruntung untuk perbetulkan kesilapan sebab uoll bukan ada fizikal kedai yg boleh uoll undur diri dalam arena perniagaan, uoll boleh perbetulkan kesilapan bila-bila shj, sebab uoll tak akan jatuh rugi..online ni semua PERCUMA, bukan kena bayar monthly fee mcm org lain yg ada shoplot kan?

Jadi ape perlu runsing?
Settingkan semula target anda, keluarkan duit sikit dan turunkan ego uoll untuk pergi mencari ilmu yg sesuai dengan uoll supaya uoll TAK BUAT SILAP LAGI.


2. SEBAB YG KEDUA, ADAKAH KITA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENIAGA?



Dengan 2 perkara yg halimah sentuh isu konsisten diatas, uoll boleh jawab sendiri adakah uoll bersungguh-sungguh dalam meniaga?

Cepat atau lambat itu bukan persoalannya, cuma bila kita dah terjun dalam meniaga ni tak kira part time atau full time, kita wajib untuk bersungguh-sungguh, barulah hasil kita akan nampak.

Dalam konteks bersungguh-sungguh ni pulak ada kena mengena dengan siapa BIG WHY kita yg boleh menolak diri kita untuk kerja bersungguh-sungguh dan berjaya.

Kalau kita sendiri tak jelas BIG WHY kita, mungkin kita akan separuh jalan atau buat alar kadar jer.
Sebenarnya, potensi untuk kita berjaya tu mmg ada, tiada siapa yg dalam dunia ni yg gagal atau tak layak untuk berjaya, semua org boleh berjaya tapi bergantung pada konsisten dan kesungguhan uoll as peniaga.

Kalau org yg bersungguh, dia akan sentiasa cari peluang dan grab terus. Sayang kan kalau kita dah tau potensi diri kita, tapi kita tak cuba dan usaha sehabis baik.

Cikgu bisnes halimah ajar, kalau nak meniaga juga mesti ada target yg kita nak capai, jangan bersenang-senang kalau kita belom capai target, atau beri motivate dkt diri sendiri dgn cara gini,

''KALAU AKU TAK DAPAT APA YG AKU IMPIKAN, AKU AKAN MATI''

Haaaa,sampai mcm tu sekali tau uoll kena beri motivate pada roh rajin dalam diri uoll tu.heheh.

Mampu?

Jom ubah cara kita, supaya kita nampak masa depan dalam perniagaan yg kita jalankan.

rasa mcm dah panjang sgt ni membebel,
tadi rasa mcm nak short jer tulis hehe.
Ruapanya masih ada aura untuk halimah konsisten menulis.

Ok guys, halimah doakan kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat jom kita sama naikkan martabat kita sebagai org islam yg meniaga, meniaga secara konsisten dan bersungguh-sungguh,

wallahualam 😀

Untuk mereka yg memerlukan konsultasi tentang produk dan nak join meniaga dengan sy, boleh contact no di bawah :







1 comment

  1. Good info kak. Kedua-dua tips ini sesuai juga untuk semua perkara yg kita ingin capai dengan berjaya dan cemerlang. Orang kata usaha tangga kejayaan. :)

    ReplyDelete