KEJAR AKHIRAT, DUNIA YANG AKAN DATANG

Assalamualaikum,

Rasa terpanggil nak berkongsi tazkirah.Pada mulanya saya rasa layak ke aku nak bagi tazkirah ini?

Tapi, sebab makin aku simpan makin kerap lalu lalang ayat yang lebih kurang sama maksud yang dengan yakin menolak suruh aku berkogsi jua.

''Kalau manfaat vitamin aku boleh berkongsi, kenapa tidak dengan sign-sign yang aku terima daripada Allah?''

Aku mulakan yer.

Tajuk KEJAR AKHIRAT, DUNIA AKAN DATANG.



Biasa dengar kan?Mana-mana ustaz, ustazah, ulama atau mana-mana orang alim selalu pesan benda yang sama tapi macam mana penerimaan kita mengenai tajuk ni?
baca dan hadam atau blah macam tu jer?

Kita pergi dalam sikit, hayati bersama dan aku akan beri contoh supaya lebih faham.
kisah aku sendiri.

Malu sebenarnya nak cerita, tapi tak apa lah.
who knows yang baca ni nanti sama kes dengan aku. 
atleast depa ada kawan yang pernah rasa apa yang aku rasa.So lepas ni tahu apa yang perlu dibuat tanpa rasa ragu, gusar, sedih, fikir yang bukan-bukan atau pelbagai rasa lagi.

Lets start,

Setiap hari kita disibukkan dengan hal dunia.betol?
Urusan akhirat nanti-nanti lah. Jiwa muda katakan.

Contoh kalau kita kejarkan sesuatu perkara yang penting dalam hidup. Back to back hal dunia 
Solat pon berani tanguh-tangguh sampai dah nak hujung waktu solat pon masih tak lepaskan kerja dan masih fokus di meja kerja. 
Yang paling teruk kalau dah terlanggar waktu solat dengan sengaja.
Allahuakbar!
Kerja tetap tak settle, ada saja masalah, 
Lepas satu masalah, datang masalah lain.
Otak penat, badan pon penat.
its Nothing!



Bila resah, gelisah, gusar,pening , bertekanan sampai tak boleh langsung nak senyum dekat orang. Ketahuilah adalah ketika itu sebenarnya iblis sentiasa mencucuk-cucuk hati kita , 
berbisik-bisik dekat telinga kita supaya meneruskan kerja,
 kejar dateline katanya!

Amboi suka yer ko iblis hasut aku!
Bila lalai, dia happy lah.
Sebab dia berjaya hasut manusia. Itulah peranannya dimuka bumi ni.
Hasut dan cucuk hati manusia.

*pernah tak korang pon rasa jua?*

Allahuakhbar!
time tu aku menyesal giler.
Menyesal solat hujung waktu, menyesal langgar waktu solat dengan sengaja.
Urusan dunia tetap tak akan ada ending.

Berbeza bila masuk jer waktu solat , terus pergi solat dulu. 
Seikhlas hati mendirikan solat untuk mengadap Allah. 
Lepaskan urusan dunia di luar aktiviti solat. 
Ibarat dunia ni sebuah kereta, dan kita nak berjumpa dengan someone yang penting dalam hidup kita iaitu kekasih kita.
Keluar sekejap, cari parking , tinggalkan dia (dunia) sekejap ,
sebab kita nak pergi jumpa dengan kekasih hati.

Apalah sangat dengan kerja tu, solat lebih utama. Allah maha penolong, perkara yang sukar semuanya boleh jadi mudah. Semua dalam gengamannya. 

Cuma Allah ni saja nak uji kita bila kita diberikan kesibukkan dunia, 
Dia nak tengok adakah kerja yang kita utamakan atau kita pergi mencari Dia?
manusia dalam dunia ni kan memang untuk diuji. 
Ujian yang diberikan atas muka bumi ni semua ikut kemampuan kita.
Allah tak akan beri ujian luar pada kemampuan kita. Cuma kita jer tak perasan semua ni. 


"Bila kita kejar akhirat, dunia yang akan datang"

Subhanallah, ketika kita berjaya utamakan solat, nikmat yang paling besar ialah 
bila mana Allah panjangkan masa kita.
Urusan dunia yang kita nak selesaikan tu pada awalnya rasa serabut giler dan berkejar kesana -sini tapi usai solat Allah bantu kita selesaikan satu persatu, 
hati lebih happy, jiwa lebih tenang.

seronok bukan?itukan impian kita?itukan yang menenangkan hati kita bila kerja selesai?


jadi, kesimpulannya..
Masuk jer waktu solat, apa jua perkara tinggalkan dulu walau penting macam mana sekalipon.
Bukan ke planning di muka bumi ni ialah Allah jua?
Yang mengerakkan semua dalam dunia ni ialah Allah ?
Buat apa kita nak risau. berbalik padanya. 
Pergi selesaikan urusan kita dengan dia dulu. 
Bersangka baik selalu.
Tinggalkan..tinggalkan..tinggalkan 
hal dunia yang dalam gengamanNya saja.
Jika kejar hari akhirat,dunia akan datang pada kita.
Hidup kita akan jadi lebih seimbang dan teratur. tak senget sebelah.
Faham?


Selfreminder too. 
Semoga perkongsian saya ni mencuit hati pembaca yang mengalami masalah 
dunia yang sama seperti saya.




No comments