YOUTH SKINCARE EXPERIENCE PARTY

Assalamualaikum...



Tak sangka, Halimah berpeluang untuk join Youth Skincare Experience Party yang dianjurkan oleh pihak Shaklee semalam.

Kalau ikutkan halimah tak dapat join party ni tau sebab tiket dah sold out!
tapi rezeki, abang Naz pm halimah dekat facebook yang kata Shaklee open lagi tiket tambahan.
Terus grab 1 tiket dan submit nama.

Kalau ikutkan plan asal jugak, Shaklee hanya nak buat dekat JB Branch jer tau, tapi 
disebabkan participant almost 70 pax terus decide tukar tempat lain, 
maka semalam kami semua the ladies berparty youth  (bukan party buih tau) 
dekat Grand Paragon Hotel , JB.

''RM0.00 Shaklee:YOUTH Experience Party(24/3)@JB:Pls be informed tht skin analysis is open@1.30-2.30pm to ONLY 15 early birds, 1st-come-1st-served basis.

Pls come with bare face/light makeup only & bring your toiletries/makeup to apply after the event if necessary. TQ''

Halimah dapat msg ni dalam group bisnes daripada upline on 22th March,
terus rasa woww, masa hari kejadian nanti siap ada slot skin analysis  lahh.
uisyhh, tak boleh jadi ni!
Mesti rebut lah jadi antara orang yang ke 15 tu since 1st March haritu, 
Halimah dah pon official sebagai pengguna Youth Skincare.Hehe!


Taraaaaa, awal tak ? pukul 12:00 dah terpacak dekat hotel semata-mata 
nak dapat peluang untuk skin analysis,hehe!


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.

Tak menyesal beli tiket sebab kalau program yang Shaklee buat mesti tak pernah tak best, semua best best.Yang pernah join jer tahu dan rata-rata muka yang sama jer jumpa semalam hehe.

(Kalau nak tahu apa keputusan skin analysis Haimah, kena baca sampai habis yer)


Gift dapat semalam, set kelengkapan untuk facial.
(Ada mirror youth,cotton buds,span, headband, cover table,cover baju)
makin rajin dan semangat lah halimah lepas ni nak manjakan muka husband 
dengan set kelengkapan facial ni.Hehe!

Pengisian semalam adalah penerangan mengenai apa itu Youth Skincare, penerangan mengenai ingredient yang ada dalam Youth Skincare yang menjadikan Youth adalah skincare yang paling terbaik, selamat dan berkesan digunakan untuk semua golongan dan semua jenis kulit.

Bila masuk bab ni, halimah is teruja sikit nak dengar, sebelum ni cuma study sendiri jer, bila ada beauty party macam ni halimah dapat penjelasan dengan lebih dekat lagi . Masa BLNC haritu ada jugak perkenalan mengenai ni  tapi tu skala besar,tak dapat nak one to one dengan nutrionist Shaklee.Youth Party ni memang awesome.

Ramai orang kata Youth Skincare ni mahal!

Ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana .yang sebenarnya kalau kita faham produk yang Shaklee keluarkan ni adalah sangat premium dan mampu milik oleh semua orang.

kenapa Halimah kata gitu?

Cuba korang bayangkan,harga yang halimah beli dan bayar untuk Youth Skincare ni,
 tidak ada sesen pon dibayar untuk mana-mana selebriti yang menjadi duta macam produk yang ada sekarang di pasaran.Ekslusif tak?
We stand not only for selebriti, tapi kami sendiri yang menjadi duta Youth Skincare.
syok tak korang?

Dah lah tak hired selebriti, malah harga yang kita laburkan  hanya untuk 
INGREDIENT, KUALITI, KLINIKAL DAN KAJIAN KE ATAS YOUTH SKINCARE SAHAJA.SubhanaAllah, so amazing!

Ingredient tak payah cakap lah..100% semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan ,tanpa menggunakan satu pon bahan kimia dan keputusan kimia tanpa kompromi 
.Memang kerja gila!
Mana ada penjagaan muka yang boleh bertahan atau  hasil  testimoni yang berkesan tanpa guna bahan kimia.  Tapi Shaklee berani mati claim dan hasil dia so superb weyh!

Satu lagi, daripada Halimah bertukar ganti produk baik halimah pilih yang betol-betol sesuai dan memberi jaminan kesihatan halimah di masa akan datang.

Tak nak jadi macam bawah  ni.
Meh nengok video ni.




Sebab itu sayang giler dengan Youth Skincare!


Klik link ni untuk penjelasan jelas..Youth Skincare Bukak Rahsia Wanita

Klik link ni untuk Bank Testimoni Youth Skincare

Acara kemuncak semalam kami di ajar tentang penggunaan Youth Skincare dengan cara yang betol.

Kalau ada yang sudi tengok live halimah semalam boleh klik bawah ni,


Nak share gambar jugak lah kat sini hehe.


 gambar sebelum demo, muka masing-masing ceria bila bergambar.



Amboi kemahen masing-masing dengan headband Youth Skincare.
so ekslusif dengan rona putih!


Khusyuk kami dengar penjelasan macam mana nak urut muka dan pakai produk-produk Youth dengan cara yang betol.Lepas ni lebih mudah untuk kami berkongsi dengan rakan-rakan, downline dan sedara-mara.


Radiance C+E ni PERCUMA buat mereka yang purchase Intensive Set bulan ini.

Apa specialnya radiance C+E ni?
Ia mengandungi dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.Selalunya sungguh pon sama dijual dengan skincare lain, tapi depa cuma provide sebanyak 12% jer, tapi Shaklee beri 20% tau.
Wowwww kan?

Sebelum penutup majlis, kami di ajar oleh Nutrionist bagaimana untuk conduct beauty party yang sama macam Shaklee buat, kami diberi handout yang mana semua skrip dah siap sedia dalam tu. Kami tinggal follow shj. Memang terbaik lah Shaklee , sungguh-sungguh dalam nak membantu orang di luar sana untuk memilih produk yang betol-betol selamat dan berkesan.
Putih No 2, yang penting selamat.

sesuai dengan falsafah Dr Forrest Shaklee,


Halimah terjemahkan lah yer..

Kalau dalam bahasa Melayunya "IKUT UNDANG-UNDANG ALAM DAN AWAK TAKKAN TERSALAH"

Last but not least, Halimah nak share result skin analisa semalam.
Agak ralat jugak sebab tak buat skin analisa masa BLNC haritu, kalau buat boleh compare dengan yang sekarang kan?
But its okay, ini pon dah boleh buat benchmark halimah untuk improve skin dan kot kalau terjalan kat KL, boleh singgah home office untuk buat skin analisa terbaru selepas 2 bulan guna Youth Skincare.hehe.



Apa kata Nutrionist Shaklee?

Kulit Halimah kurang kelembapan, so perlu banyak minum air masak lagi dan add on nutrisi GLA atau Collagen Powder supaya dari segi dalaman ia mampu membantu memberi kelembapan pada kulit muka. Lebih lembap akan nampak lebih glowing dan sekaligus maintain kulit nampak muda.

Kawasan U zone di muka halimah dalam graf keputusan adalah natural.So ok, tak ada apa masalah.Cuma yang bermasalah pada kawasan T zone yang terlalu berminyak.
Kat sini Nutrionist suggestkan untuk tidak skip 3 benda dalam produk Youth iaitu 
penggunaan cleanser, toner dan moisturizer.

"kat sini kantoi sikit, sebab halimah biasanya akan bawak pergi office hanya moisturizer shj, so lepas ni ku tak boleh tinggal 3 beradik untuk perlindungan kawasan T zone yang sangat berminyak''

Total Skin Health Graph Halimah di bawah 60, kata nutrionist sepatutnya keputusan yang terbaik adalah 60 dan ke atas. Disebabkan kawasan T zone yang berminyak, ini telah mempengaruhi result skin health halimah.

Result pori dan kedutan di muka memang A.Tak ada masalah langsung.
Cumanya ada masalah di beberapa tempat sebagai contoh dah ada jeragat tapi tak nampak,
so kena berjaga-jaga. Lapisan kulit kita kan banyak so maybe in my case jeragat duduk layer yang paling bawah sekali.Kalau tak aware, mungkin boleh jadi lebih teruk.So nutrionist advice untuk menggunakan radian c + e selang sehari sahaj. Tak perlu kerap.

Then, kulit muka halimah actually ada banyak bakteria, cuma tak nampak,
so she advice me untuk ambil omega guard. Almaklumlah , halimah duduk dekat kawasan 
Pasir Gudang, kilang merata tempat,segala pencemaran melekat dekat muka, tu belom kira bila berbual dengan client yang suka hisap rokok.
Tercemar kulit mak tau!
Lepas ni nak duduk ddalam hutan lah, aman sikit hehe.(kakak gurau jer)

Keanjalan kurang baik, kena ambil vitamin C atau Collagen Powder untuk topup collagen yang dah susut since umur pon dah banyak. 
Korang tahu tak,Keanjalan kulit muka kita menyusut since umur 20 tahun lagi? 
Nak kulit macam baby kena ambil vitamin c selalu.Beli dengan Halimah naaa.hehe.

And last, skin tone pon bermasalah. Ini Halimah tak nafikan ada kawasan muka yang putih, dan ada kawasan muka yang gelap macam celah hidung, bawah mata, atas dahi.

Ouh yer lupa, totally age skin Halimah is 28 tahu, fuhh selamat.Idok lah tua sangat, sesuai dengan umur sekarang yang dah pon 28 tahun!hehe.

Amacam..Korang jeles tak?
 beli Youth Skincare, dapat join beauty party,  dapat analisa kulit sekaligus dapat 
khidmat nasihat tentang kulit muka daripada nutrionist Shaklee.

Memang terbaik!
atleast for now Halimah ada knowledge tentang skincare dan boleh improve 
from day to day, Insyallah.
Rasa berbaloi bayar bila dapat pulangannya lebih daripada apa yang kita fikir.
SubhanaAllah, thank you sangat!




Thank you Shaklee!


Oklah, kalau korang nak order Youth Skincare, boleh dapatkan dengan Halimah secara segera, 
sebab promosi bakal tamat 6 Hari saja lagi. Jangan lepaskan peluang yer!

CTA : Halimah 0127307312




No comments