KISAH 7 BULAN HAMIL


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, diam tak diam kini usia kandungan halimah dah masuk usia 7 bulan. Ini bermakna lebih kurang lagi 2 bulan lagi halimah bakal melahirkan zuriat halimah sendiri. Sekarang ni, perasaan yg bercampur halimah  rasa..kadang2 rasa teruja, tapi bila pergi checkup bulanan rasa takut dan gembira semua ada..hihi!Senang cerita, tak boleh jangka perasaan tu.

 sikit je lagi...ya Allah, engkau permudahkanlah apa yg sulit, kau ringankan lah apa yg berat bagiku..

Halimah rasa satu kenikmatan yang luar biasa bila Tuhan beri peluang  kedua untuk merasa menjadi ibu hamil ni..yelah kan, semua orang tau  macam2 perubahan emosi dan fizikal yang halimah dah lalui selama tempoh ini. Selain itu, macam2 ilmu yang halimah mula belajar dr orang yang lebih arif. Contohnya dari segi bab penjagaan dan penyusuan anak nanti. Pelbagai petua juga sudah diturunkan. Semuanya halimah kumpulkan jadikan satu supaya mudahnya untuk halimah  buat rujukan untuk baby ke 2, ke3 dan setersunya…ehh macam banyak jer??hehe! itulah plan halimah dan suami. Tapi kita Cuma merancang, Allah yang tentukan segalanya.Yang boleh halimah buat ialah follow the rules shj. Siapalah tak nak anak banyak. Mungkin sekarang kita tak nampak kebaikan bila memiliki anak yang ramai, tapi bila masing2 dah besar nanti barulah kita rasa betapa pentingnya mempunyai anak yang ramai. Tapi itu semua soal rezeki. Kalau kita yang berkeinginan ,tuhan tidak mengizinkan,apa boleh buat???redha je lah yer. 

Ramai yang tanya halimah, tak mabuk ke?tipulah kalau tak ada langsung kan..Ada!tapi mabuk sy tak lah teruk dan berlarutan hinggan berbulan2  lamanya.Berdasarkan perkongsian daripada kawan2 kerja, sahabat handai dan sedara mara, halimah tergolong pada golongan yang bertuah sebab tak mengalami mabuk yang teruk. Kata mereka, ada orang yang mabuk sehingga 4-5 bulan, dan ada juga berlarutan sehingga 9 bulan. Ada orang mabuk tak boleh makan nasi, tak boleh bau suami, tak boleh masak dan sebagainya.Tapi halimah betol2 rasa syukur sangat, sepanjang tempoh 7 bulan mengandung semua itu halimah  tak ada alami langsung. Halimah Cuma rasa loya dan pening dalam masa yang singkat shj.itu biasakan? Suami juga ada mengalami yang  sama macam halimah, juga dalam tempoh yang singkat. Secara jujurnya, setelah tahu berita tentang kedatangan ‘rezeki’ ini, selepas solat WAJIB halimah doa supaya tuhan beri kesihatan yang terbaik buat halimah dan anak dalam kandungan halimah. Selain itu, halimah juga ikhtiar untuk mencari supplement yang membantu untuk halimah lawan perubahan2 atau org sekarang kata simptom2 ibu mengandung. Kadang2  badan ni kalah jugak…tapi tak apalah, bila rasa terlampau letih halimah Cuma akan manfaatkan rehat sepuasnya .

Semua orang tau yang halimah ni seorang pengguna tegar supplment shaklee dan sepanjang tempoh hamil ni memang halimah mengamalkan sepenuhnya supplement set hamil dari rangkaian produk shaklee. Hasilnya memang halimah dah nampak dan rasanya sendiri… Halimah rasa bertenaga dan tidak mudah cepat letih lebih2 lagi masa bulan puasa ynag lepas. Walaupun perut makin membesar, halimah masih mampu melakukan kerja2  seharian di rumah dan di tempat kerja, dan mampu berdiri untuk melakukan solat tarawih….Perubahan emosi halimah ketika mengandung juga dapat di kawal, inilah kesan dari amalkan B complex shaklee. Memang betol2 berkesan pada diri halimah. Sebab itu , kalau sehari terskipp makan rasa mcm kekurangan..hehe...Selain itu, halimah puas hati sagat dengan set hamil ni sebab berat badan halimah tak naik mendadak. Even org kata badan halimah besar, tapi bila halimah timbang masa buat checkup bulanan total keseluruhan sepanjang  7 bulan usia kandungan halimah Cuma naik 7 kg shj. Pada halimah masih dalam kawalan sebab kalau di tanya pengalaman orang lain ada yang sampai naik berat sehingga 20 kg. Ngeee seram pulak rasa. Itu bahagaian masing2 lah kan, semua orang tak sama.Satu lagi yang halimah perasan, kulit muka halimah tak nampak kusam dan rasa perubahan yang begitu ketara berbanding sesetengah orang yang berwajah kusam dan tidak bermaya ketika hamil.

Bila dah masuk 5 bulan haritu , halimah dah mula amalkan Omega Guard, ini bagus untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Pakcik halimah ada jugak pesan suruh ambil EXAMO, tapi halimah rasa yakin cukup dengan sebiji  omega guard mampu memberi  yang terbaik buat baby NA.

Haa.. cakap tentang baby NA, ramai yang tanya halimah..apa tu NA??

 
junior halimah ...weeehoo!

Hehe actually dah dua kali halimah buat scan ultrasound, dan doktor yakin yang halimah bakal melahirkan baby perempuan. So maknanya, baby NA ni merupakan junior halimah lah..kalau nak tgk legasi halimah..kita tunggu lah yer, sama2 doakan halimah selamat melahirkan baby NA ni..apa itu NA???kenalah tunggu kita register dulu yer..hihi!

Ok lah rasanya dah panjang sangat ni membebel hehe, nanti lain entry halimah cerita tentang yang lain pulak yer..tq for reading korang~muuahhh!

ni ada buah tangan untuk korang..hehe :)

gambar terkini, amacam??segak tak...ehh, cantikk tak??


 jantung hatiku...gitewww!
hashtag raya 2015

No comments