SALAM LEBARAN 2015




Raya ke -5 , rasa belom terlambat nak ucapkan salam lebaran kepada semua pembaca blog ini..

Untuk lebaran kali ini agak suram buat halimah kerana baru je kehilangan org yang kami sayang iaitu bapa mertua halimah. Beliau pergi meninggalkan kami semua pada akhir ramadhan, 16.07.2015 jam 6: 30 pagi.

Pada raya pertama pula, dikejutkan lagi dengan berita kematian drp jiran tetangga yang kenal rapat sangat.
Sekali lagi diuji dengan kehilangan orang yang selama ni kami bersua bersama dan bergurau senda.

Makanya, sepanjang awal raya ni, aktiviti halimah penuh dengan kenduri yasinan sahaja,cuma raya ketiga baru halimah dan keluarga belah halimah dapat berkumpul bersama. Ambil kesempatan raya ini jugak untuk majlis yasinan untuk arwah atok dan opah halimah yang telah kembali ke rahmatullah.

Sayu sedikit raya tahun ni dengan berita2 sedih, namun kami masih menghidupkan suasana raya dengan bermaaf-maafan dan majlis makan bersama keluarga.

Itu sahaja yang boleh mengeratkan lagi tali siratulrahim bersama keluarga.

''Yang pergi tetap pergi, yang hidup harus menjalankan kewajipan sebagai HAMBA ALLAH di muka bumi ini''

Syukur masih ada ahli keluarga yang lain..yang boleh memeriahkan lagi suasana raya.

Apa2 pon, untuk pembaca blog  halimah sy nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Harap dapat dimaafkan sekiranya ada yang terkurang.~kosong-kosong yer~




No comments