KEKAL CANTIK KETIKA MENYUSU

Assalamualaikum..

Hai semua...

Semalam halimah terbaca satu artikel di harian metro tentang kekal cantik ketika menyusu.

hehe!comel kan tajuk tu..dah mula mengidam dan pasang niat nak beli satu kain pelindung untuk menyusu ni bila dah SAH PREGNANT..sanggup tau halimah simpan keratan ni sebab nak tunjuk suami..Almaklumlah..lelaki ni banyaaaakkkkkk yg tak tau tentang keperluan si ibu ni...haha!

Takpe,pada halimah sama-sama kita belajar...ini pon salah satu ilmu jugakk kan..tak salah nak inform suami..dan tak salah jugakkk halimah nak share dgn pembaca setia blog halimah..hehe!

Bila diamati dalam keratan akhbar tu halimah nak tambah sikit ,walaupun menyusu ibu-ibu masih boleh kekal cantik dan sopaaan...

ni cerita dulu...halimah pernah jugak tgk org menyusukan anak di pusat shopping kompleks dgn keadaan yg tak sopan...sebab ape...bila singkap baju for sure nampak sebahagian perut ibu...dan nampak breast si ibu...

Jadi bila ada kain pelindung menyusu ni sangat sesuai utk semua ibu-ibu...sometimes kita rasa ' alahhh tak perlu lah'...' membazir jer'..tapi harus ingat yerr bila kita nak menyusu baby mestilah dalam keadaan yg selesa..hehe!tu pada halimah tak tau lah pulak kalau korang...terpulang,masing-masing punya pilihan...

ok ni halimah sertakan sekali beberapa tips...wahh!banyak sgt tips ni sejak 2 menjak ni..haha!

--------------------------------------------------------------

Bayi yang mahu susu, tidak pernah mengira di mana ibu berada ketika itu. Bayangkan bayi korang menangis tanpa henti kerana hendak menyusu sedangkan korang berada di khalayak ramai waktu itu.

Mana mungkin korang menyuruh bayi diam tanpa diberi susu yang dia inginkan. You all perlu bertindak segera.

Susukan bayi di khalayak?

Oh bolehkah?

Tentu sahaja boleh, yang pasti ikut tip berikut, In sha Allah berjaya

1.    Yakin Diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi. 

2.    Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu. 

3.    Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

 4.    Pakaian khusus
Sarungkan pelindung penyusuan seperti poncho atau kain pendakap ketika menyusukan bayi.
 
5.    Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami boleh menjadi ‘dinding’ sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.

Semuanya berguna tipss diatas tapi yg menjadi perhatian halimah ialah point no 5,semestinya fokus pada si suami.Si suami janganlah membiarkan si isteri terkial-kial untuk menyesuaikan menyusu di tempat awam.Sekiranya dalam keadaan terdesak sehingga kan terpaksa menyusu di tempat awam,suami haruslah bantu isteri dalam tempoh menyusu itu...bukannya membiarkan dan menganggap isteri boleh ' handle' sendiri...Ini pernah terjadi jugak di depan mata halimah sendiri..kesiann isteri...sayangilah isteri anda,baru lah bahagia!

You all boleh dapatkan pelindung utk menyusu di mana-mana kedai.tak pon shopping je di instagram,sure berlambak punya...

Tips terakhir pilihlah corak yg cantik-cantik supaya memberi inspirasi pada si ibu utk lebih aktif menyusukan anak..

Selamat semuanya...hehe!

p/s: tunggu next entry yer....layan gambar ni dulh sebgai contoh.

No comments