TIPS UNTUK LANJUTKAN TEMPOH VITAMIN | KHAS UNTUK SEMUA PANGAMAL VITAMIN


Assalamualaikum..

Selalu sgt persoalan bermain di minda. Selamat..tak selamat..selamat..tak selamat..hehe!
Kalau nak tahu kenalah rajin membaca, tak pon tanya yang pakar. Kalau banyak sgt persoalan tapi tak cari jawapan ibarat kita spt belajar tak berguru. Kita belajar sendri, pandai sendiri. Tapi apa yang kita belajar semua tak betol, semua salah belaka. Macam syokk sendiri jer..tapi itu CONTOH...

Halimah percaya you all semua bijak-bijak, sebab itu bertanya dan halimah carikan  jawapan untuk ANDA ;)

Ini halimah dapat daripadaperkongsian dalam  group Beautiful & Charming ( secret group kami ). Rasanya sangat membantu untuk semua . 

Jom baca ~

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.



Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanrnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.


Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dr awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

Kesimpulannya, bila dah beli vitamin kenalah amalkan..

Kalau dulu halimah sebelum kahwin letak vitamin sebelah katil. Segala vitamin halimah letakkan satu tempat, supaya senang nampak dan senang capai.



Sekarang dah kahwin, halimah sendiri saje letak dekat atas meja makan..haaa lagi senang org lain nampak dan capai hehe! Yang bestnya suami halimah sendiri capai vitamin dan makan,Tak perlu diingatkan..lepas breakfast terus capai vitamin.,kan senang.Jangan pulak letak di tempat yang sorok-sorok..Makanya, selalu lah delay makan sampai terlupa pulak ada beli vitamin sampai tempoh luput makin hampir...

Sekian..

Selamat membaca ~




No comments