7 SEBAB KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE

Alhamdulillah, hari ketiga dalam bulan Januari 2015 baru halimah kesempatan nak tulis TARGET dan WHY LIST, dah submit pon kepada suami dan mentor untuk di review..sebelum ni halimah tak pernah pon submit pada suami, tapi kali ni halimah rasa suami perlu tau apa target halimah setiap bulan ..nak berjaya perlukan doa dan restu dari beiau..insyallah bila suami redha apa yang halimah buat, halimah lebih berjaya lepas ni...

Ramai yang tanya halimah ..kenapa buat bisnes shaklee???..Macam mana halimah boleh terlibat dengan shaklee??..Actually halimah ada 7 sebab kenapa halimah pilih shaklee..sebelum tu halimah nak ceritakan dari pengalaman halimah sendiri masa terkapai-kapai dok pilih bisnes mana yang sesuai dengan jiwa halimah..hehe!

Ok happy reading kisah halimah ni dulu yer.....

[BISNES MLM YANG SEBARIS DENGAN SHAKLEE]

Halimah memang minat bisnes..halimah minat bisnes sebab bisnes menjana minda kita untuk sentiasa berfikir..non stop fikir, maksudnya ialah kita sentiasa ada perancangan untuk majukan bisnes.Seketika dahulu, halimah pernah hampir terjebak dengan satu syarikat MLM ini..(agak glamer MLM ini, tapi SHAKLEE lebih glamer)..halimah call someone ni untuk tahu macam mana nak menjana wang ketika usia muda..tak silap halimah waktu tu umur halimah 22 tahun..waktu tu memang kencang ni orang sibuk dok cerita bisnes itulah..bisnes inilahh..kita yang memang zero ni memang tegak jelah..

Setelah setuju untuk jumpa di satu tempat,halimah pon pergi kononya nak coaching bisnes..halimah dok perati je masa nak mula coaching..someone ni keluarkan laptop apple..pastu dia keluarkan hp iphone sambil cakap kat halimah ''ini lah duit bisnes''..waktu tu masih jahil lagi..jahil bab bisnes..sebenarnya tu lah strategi bisnes untuk kita join bisnes..bila kita dikaburi dengan kemewahan orang for sure teruja kan dan excited nak tau..macam tu lah jugak dengan halimah..lagi jiwa muda, jiwa nak cepat kaya jer...hehe..allah, kesiannya aku...

Ok dalam tempoh coaching tu..dia ada mention kena invest 10K untuk bisnes..masa tu memang lah fikir 10 K tu mudah jer...sebab dah diberi cadangan untuk pinjam bank..kita lagi lah teruja kan???tapi halimah tak terus cakap ''ya..saya join''..halimah tak macam tu...halimah balik dulu, fikir dan buat solat istikharoh...waktu selepas kejadian itu, halimah dapat call dari orang tu dan tanya macam man??dah fikir???join jelah...hati halimah waktu tu sangatlah berat..hati ni 50% nak dengan taknak..

Bila difikir-fikir, halimah tolak cara baik..alhamdulillah tuhan beratkan hati halimah untuk tidak meminjam dari bank..kalau tak, sampai sekarang halimah masih menaggung hutang dan menerima bebelan khas dari ayah halimah sendiri..

[BISNES TUDUNG]

Ok masa halimah bisnes tudung ni halimah dah join shaklee cuma tumpuan halimah untuk dua2 bisnes ni 50%-50%..

Bisnes tudung ni memang kencang sebab semua orang pakai tudung kan dan wanita sekarang memang giler tudung..halimah ada join dropship dan macam-macam lagi..masa ni sampai halimah terfikir nak keluarkan satu produk sendiri dengan hasil air tangan halimah sendiri..dah ada beberapa design tapi masih menjadi simpanan halimah,.jualan memang kaw-kaw...kalau minggu tu ambil berkodi2 halimah mampu jual habis macam goreng pisang panas dalam minggu tu jugak..hebat tak???.sekarang ni halimah stop dulu sebab halimah rasa tak mampu nak kejar design2 terkini..setiap hari ada je design baru yang perlu kita ada stock..sebab fesyen ni kan up to date...halimah stop sementara sehingga halimah betol2 perform dalam shaklee..one day akan ada butik sendiri...why not???kembangkan lagi bisnes selagi mampu..hihi!

[BISNES SHAKLEE ADALAH YANG PALIIINGGGGGG MUDAH UTK KAYA]

yeszaaaa..inilah bisnes yang halimah konsisten dari start join sampai sekarang..bermula dengan bonus rm30 dan sekarang mampu menjana income sehingga 3 angka..Selama setahun halimah berkecimpung dalam dunia shaklee ni...halimah stable dengan 3 angka...sekarang tahun baru halimah aim dengan 4 angka dan aim untuk dapat Senior Supervisor by Julai 2015..insyallah..sama2 lah doakan kejayaan halimah..Kali ni lebih serius sebab halimah dah mula bergiat aktif di blog..mula bergiat aktif di secret group..mula bergiat aktif di telegram/whatsapp dan macam2 lagi...buat segala apa yang mentor suruh dan sebagainya...

jom tgk 7 sebab kenapa anda jugak perlu pilih bisnes shaklee yang mudah ini:


1. Kesihatan dan kesejahteraan
Buat bisnes macam esok dah tak jumpa hari tapi kalau kita tak jaga kesihatan tak guna jugak kan? Nanti dah kaya tapi duit habis kat bil hospital. Jadi, saya buat biness ni sebab produk dia memang saya makan dan pada masa yang sama dapat jana income. Bukan saya je, abang, kakak, mak, mak mertua, suami semua makan produk shaklee mengikut keperluan kesihatan diorg. Alhamdulillah berkesan. Setiap bulan mesti repeat order macam-macam..kalau dah selalu repeat tu mesti bestkan..halimah sendiri akan buat research pada diri sendiri sebelum beri pada orang...kalau ok pada halimah insyallah ok lah pada orang tu...


2. Modal rendah
Bayar rm75 je kot seumur hidup. Pastu dah boleh start bisnes ni. Dah ramai yg berjaya jana income 3, 4, 5 malah 6 angka sebulan dgn bisnes ni. Amacam? Best kan? Dah la dpt beli harga ahli, kesihatan pun dapat, income pun dapat. Sape yang tak nak kan bisnes macam ni. Modal tak smpai seratus, nak daftar ahli baru pun online, coaching online, meeting online, beli barang pun online serba serbi online lah. Hehe. Senang sgt kan? Sambil meniarap depan tv pun bleh buat bisnes ni. Asalkan dgn kerajinan dan usaha yang betul, income 6 angka pasti dalam tangan. Saya amat percaya!


3. Pasukan yang happy dan best
Dalam bisnes shaklee ni, istilah upline downline ni dah macam xde langsung. Kami byk guna istilah mak, mama, neni, . Sebab kami rapat dan seperti satu family. Bukan setakat jumpa sbb nak cite pasal shaklee je. Tapi byk buat aktiviti lain mcm makan2, sukan, riadah, dan mcm2 lagi. Best kan? lagi-lagi bab testimoni mereka yang dah senior ni tak kedekut langsung nak share macam-macam..sendiri rasa nak ikut jejak mereka...kalau kerja tak satu pasukan macam mana nak berjaya..betol x???


4. Faedah yang menarik
Shaklee ada 3 faedah menarik iaitu 3C. CASH, CAR, CONVENTION. Faedah faedah ni akan dapat kalau kita join ahli dan score gila2.


5. Settlekan hutang
Saya join dan usaha gila2 sebab nak settlekan hutang saya. Byk hutang saya, ptptn, kereta..kalau boleh nak settlekan semua hutang ni cepat yang mungkin..Ada orang dah hujung2 bulan korek2 duit tabung,,tapi so far halimah masih berduit..haaa gitew!lebih2 lagi dah kahwin..macam2 dugaan nak bayar itu dan ini..yang nak kahwin,,tak de duit kahwin boleh join.mane tau hikmah awak join dan makan supplement..dapat pendapatan sebulan 4 angka..rezeki setiap orang tiada siapa tau kan???


6. Bantu orang lain

Satu kepuasan kalau dpt bantu selesaikan masalah org lain. Dpt add value dalam kehidupan diorg. Terasa hidup ni lebih bermakna .best bila pelanggan disayangi cakap''terima kasih halimah sebab dah bantu sy dalam maslah sekian..sekian..sekian...''


7 .WAHM

Saye mmg nak sgt jadi WAHM. work at home mom. perkara yang saya aim adalah untuk berkerja dari rumah..masa fleksibel dan tidak terikat dengan mana2..kita punya bisnes kita sendiri yang planning dan fikir untuk majukan..kita rasa penat tapi puas hati..kalau ada yang ada anak, mesti risau hantar rumah ke pengasuh..tapi bila jadi WAHM, tak yah risau sebab anak ade depan mata..


Ok..itu sahaja celoteh saya utk harini..saya banyaaaaakkkk lagi benda yang perlu diselesaikan..bak kata kak cery..ada masa lagi 362 hari untuk selesaikan misi saya...sebelum ni setahun macam lama..tapi bila join shaklee..selalu di ingatkan dengan masa...hari...closing setiap hari...so tak ada masa nak bersenag-senag di rumah..walupun bercuti kerja tetap kerja..walaupun kerja, kedai saya buka 24 jam..dah macam 7 eleven!hehe...

HALIMAH HASHIM
SENIOR SUP BY JULY 2015
AIM FOR 4 FIGURE
0127307312





No comments