BILA SUAMI OUTSTATION


Hai… lamanya halimah tak update blog..rindu rasanya jari-jemari ni nak menari2 di atas keyboard..hehe!
Walaupun halimah tak publish apa2 post sebelum ni tapi halimah dah siapkan juga beberapa entry untuk tatapan umum, nanti korang boleh baca satu persatu yer..Terima kasih sebab sudi membaca, love you lah!

Harini halimah mulakan entry dengan kisah peribadi, malu sebenarnya nak cerita tapi sebab nak share something yang mungkin boleh jadi panduan untuk semua..

Korang dah sedia maklum kan, sebelum ni halimah ada up entry tentang pemergian husband halimah ke India selama 44 hari….lama kan??kalau orang bersalin dah habis pantang pon..baby pon dah nampak dunia agaknya..hehe!. 

So pada hari sabtu yang lepas iaitu pada  10.1.2015, husband baru je selamat balik ke Malaysia..aha!sekarang korang baru tau kan kenapa halimah dah brapa hari tak update blog…syhhh!!!! Duduk diam2 kalau tau ea..hihi…lepaskan rindu lah oii gamaknya..rindu betol ni sampai lupa semua..kihkih, memang mabeles!
So, sebelum husband balik halimah ada;ah tanya something pada dia..ini conversation kami berdua..ehek!:

Halimah  : Abang, awak mesti dah rindukan masakan Malaysia ???
( padahal kau nak cakap masakan air tangan isteri kan???,tapi maluu..haha)

Suami : Haah…mestilah rindu..lagi rindu masakan isteri abang yang comel ni..

Halimah : Ohhhh…yeker! (YES! Selamat dia faham)

Suami : Nanti awak masakan saya ea??

Halimah : Awak nak makan ape ??

Suami : Saya nak makan ayam masak kicap ( favorite die nihh..dah duduk india pon masih suka kicap), Asam pedas, dengan sayu dan kuah pecal

Halimah : Ohhh banyaknya????

Suami : Mana ada banyak…

Halimah : Ok, nanti saya buatkan untuk awak yang paling special punya dalam dunia..

Suami  : WOW!

( padahal dalam hati dah menjeri..balik lah cepat abang hui .... dah rindu kesumat ni ,haha)

So, selang beberapa hari tu halimah dah cakap dengan mak siap2 nak masak macam yang dia mintak dan ada terfikir jugak nak belikan kek sempena harijadi husband yang lepas. So mak macam biasa..dia ye kan jelah anaknya ni…layannnnnn….

KEK??

arghhhh halimah stress sebenarnya sebab tak tau kek yang mana yang  paling sedap dalam dunia ( itu pon kau nak stress ke halimah??telan je lah B complex, sebab ia boleh mengurangkan stress atau lebih dikenali sebagai supplement anti-stress…oi kau sempat iklan heee).
 Pada mulanya halimah nak jer beli kek dekat secret recipe tu haaa..tapi bila fikir balik dah lah jauh nak kena beli..dekat Jusco Permas nu ha…bukan rajin pon nak ke sana…pulak tu dah biasa sangat..halimah biasa lah memang sukakan kelainan..dah nama nak buat paling special dalam donia..haaaa giteww!. Lepas tu muncul idea nak buat kek sendiri..kek Aiskrim..siap dah screenshot sebab based on cara yang ditunjukkan memang senang sangat..tapi idea ni macam tak best..buatnya aiskrim tu cair…uhh!idea ni x best langsung!

Jadi nak dijadikan cerita..

one day haritu halimah ada singgah di shell nak tuang minyak..so singgah lah kejap dekat kedai tu haaa..masa nak bayar terpandang coklat Kit Kat..jadi apelagi…sambar lahhh! Pagi-pagi buta halimah dah sarapan dengan coklat KIT KAT..memang cool sangat…hihi! So masa drive nak pergi kerja tu, sambil dengar IKIM FM, sambil tu jugak  halimah makan coklat  KIT KAT tu yang dibeli dengan harga RM2.90 .Masa makan tu halimah tetiba mengalir air mata…hati tisu gak kau halimah kan....

haaaaa apekah yang terjadi???
.
.
.
.

Sebenarnya hati ni tetiba meluap2 rasa rindu kesumat dewa dengan husband..teringat husband selalu makan coklat KIT KAT ni kalau kami jalan jauh..kalau kami jalan dekat2 pon yang hanya cuma  nak pergi kipmart pon dia suka makan coklat KIT KAT. Dia cakap mebeles!!!...memang pon sebab coklat yang penuh dan pekat…bila makan, cair di dalam..hehe….So dari situ timbullah idea halimah nak hadiahkan suami sejambak coklat KIT KAT..rare tak idea tu????hahaha~

Ok dah set idea tu dalam kepala..dalam hati sebut ‘ mesti husband suka!’.

 Kata Ustaz Kazim bila husband balik dari outstation, bukan sahaja husband perlu berikan hadiah untuk isteri..isteri jugak boleh berikan hadiah buat suami..tanda menyambut kepulangannya..bukan harijadi je bagi hadiah..barulah hubungan suami isteri tu lebih erat….

Then masa hari Khamis haritu ( 08/01/2015) halimah bergegas ke ERA NONA..deal dengan adik tu boleh tak buatkan sejambak coklat KIT KAT yang paling special dalam donia???haha! . Nasib halimah memang baik sebab adik ERA NONA tu setuju walaupun mereka sedang sibuk buat tempahan hantaran..selit kan jugaklah order dari halimah ni..hajat besarrr tu..kalau adik tu cakap tak boleh tadi memang aku tunggu depan kedai tu..tanda protes!

So sepantas kilat halimah pergi cari COKLAT KIT KAT…borong sampai orang kedai tu cakap “Adik, ada pertandingan ke..macam tergesa2 jer?’ haha..korang rasa???Lantak ler orang tu nak fikir apa..yang penting hajat aku tercapai..Dah settle halimah terus pass kat adik ERA NONA tu tadi…dengan harapan hasilnya sangat cantik….

TUP!TUP! petang jumaat tu halimah dapat mesej whatsapp dari adik ERA NONA yang janbangan KIT KAT dah siap..pehhhh, bila tgk gambar tu..terussss melting!!!!!cantiknyaaaaaaa….Tgk gambar bawah ni…

 Oklah kan dengan modal Cuma RM50 termasuk harga coklat tau..memang berbaloi…memang unik dan rasa kelainannya disitu…melompat2 macam budak kecik dapat susu ibu!haha..

So balik rumah ,dah senyum simpul2 sambil bawak jambangan KIT KAT tu…mak pon pelik tgk halimah, terus serbu halimah sebab nak tau kenapa dok sengih2..kepoh mak aku tau!haha…
Mak pon cakap’pehhh banyaknya coklat, kau nak bagi siapa ni??..grrr!mak ni tak ‘suspended’ betol!..aku nak bagi siapa lagi lah kan..mestilah untuk husband…sempat lagi maka cakap ‘ boleh lah, nanti besday ayah kau mak nak gantung petai,kerda, jering….’hahahahaha..aku gelak sakan..kelakor jugak mak aku ni…

So di hari kejadian…mas ontheway nak amek husband dekat Nusajaya , sepanjang jalan tu aku suka fikir yang baik2 terjadi hari tu..betol! sepanjang hari tu berlaku yang manis2 je..swett like candylicious!..mabeles!Bila sampai kereta husband pon terkejut dengan surprise dari aku ni…

Husband : Apa ni sayang???

Halimah : alah…cuba tengok??? ( halimah balut denagn plastik )

Husband : Pehhhhhhhhh!!!!!!!! Coklat kit kat…..

Halimah : hehe! ( sengihhhhh manjang )

Husband : Thank you sayang!love you..muuahhh!

Halimah : speechless! (ekekeke)

 love you..

Alhamdulillah…semuanya berlaku sepertimana apa yang dirancang…thanks Allah!. 

Ustaz Kazim ada pesan jugak..bila suami outstation, tunjukkan muka semanis yang boleh walupun kita ada 1001 masalah..sekurangnya 10 minit selepas dia memberi salam dalam rumah..hatinya terubat rindukan isteri dan keluarga bila dah lama berjauhan..selepas tu nak  hidup kembali normal terpulang..Sambut suami dengan muka yang berseri2 ..kalau boleh makeup sikit…bukan untuk orang lain..untuk suami jugak..ok IM Done!

Ehh sebelum tu….ini lah makanan special dalam donia…Sayur pecal, Ikan merah Asam pedas dan ayam guring masak kicap….terliur tak korang????hehe.

 mabeles kannnnn..sedap aku masak..ehhhh!

ok ini cerita halimah...serba sedikit korang boleh gunakan idea ni untuk yang tersayang..Korang boleh cuba mana tau boleh mengukuhkan ikatan suami isteri..nak beri hadiah mahal2 tak mampu beri ikut kemampuan..kalau itu pon tak mampu berilah senyuman dan kasih sayang...itu pon dak ok buat pelembut hati kan...hehe!

~selamat mencuba~
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments