GUNA 7 STRATEGI INI., KALAU ANAK TAK SUKA MAKAN UBAT


Payahnya lah nak bagi anak makan ubat. Mahu boleh berperang , bersilat , mengejar keliling rumah.

''Ayang..awak pegang kepala dengan tangan, abang pegang bahagian kaki dia"

maka, meronta lah anak mintak dilepaskan.

Si ayah, "haiiiipp haipppp..makan ubat ni, jangan muntahkan balik"

siap menjengilkan mata. bolat mata si ayah sampai terketap ketap bibir nak bagi anak makan ubat.

siapa kata senang nak bagi anak makan ubat?

Memang mencabar.

7 STRATEGI KALAU ANAK ANDA TAK SUKA MAKAN UBAT

1. AMBIL 'MOOD' SI ANAK

Normally, saya akan bawak anak makan ubat di depan tv, bukakkan siaran tv kegemaran dia macam upin ipin, didi & friends atau apa saje yang dah direkod. Tujuan untuk melekakannya, bila si anak dah leka, lebih mudah untuk kita uruskannya.Tau-tau jer dah settle semuanya.

2. 'STANBY' KAN AIR SIAP-SIAP DAN ELAK TERKENA LIDAH

Makan ubat saja memang dia tak akan lalu, makesure sebelah ubat dah stanbykan dengan air supaya perasaan takutnya itu ada sedikit reda bila kita 'pancing' dia dengan air masak.
Bila beri ubat, selalunya saya elakkan terkena lidah. Deria rasa pahit buat dia takut nak makan ubat yang lain.Normally saya lebih suka guna picagari berbanding sudu. Lebih mudah masuk kedalam kerongkong dan tak tertumpah di baju.

3. BERI PENDEDAHAN KEPADA SI ANAK KENAPA DIA PERLUKAN 
UBAT KETIKA ITU?INTERAKSI DENGAN ANAK.

Saya lebih suka acknowledge anak tentang kenapa dia perlukan ubat waktu itu supaya anak akan belajar memahami dan sambil tu saya akan selitkan kenapa perlu makan makanan yang berkhasiat seperti nasi, sayur, ikan/ayam. Anak kecil lagi, mcm mana dia nak faham?Pada saya, tidak mengapa, beritahu saja ,yang sebenarnya anak ini kena sentiasa diingatkan. Kalau dia tak tahu tu macam mustahil, sebab bila pegang ubat dia dah boleh react rasa takut.
So dia faham lah tu,hehe.

4. PILIH YANG BERPERASA

Anak memang suka yang manis, dia ingatkan itu gula-gula.Tak mengapa, beri sahaja dia ubat yang berperasa supaya mudah untuk didik dia. Daripada kita marah dia sebab tak nak makan ubat,lebih baik buat begitu.

5.BERI 'REWARDS'

Siapalah yang tak suka upah. Kalau dia masih tak nak juga ambil ubat, saya suka offer dia upah kegemaran dia. itu cara untuk pujuk dia. Tapi saya tak ada lah offer yang bukan-bukan. Just offer dia mainan, pergi jalan-jalan rumah sepupu dia, atau apa saja yang boleh menarik minat dia. Anak kan suka dipujuk.hehe.

6. MAIN DOKTOR-DOKTOR

Aha, ini tips baru yang saya dapat selepas mak saya hadiahkan si Mairaa dengan luggage doktor.
Dalam luggage tu macam-macam peralatan doktor ada di dalamnya.Seronok dia main dengan sepupu dia. Idea ni saya dapat daripada rakan saya. Katanya bila anak syok tengah main, dia tak perasan yang si ibu atau ayah sedang beri dia ubat. Ok,boleh cuba nanti bila dia perlukan ubat.

7. BERI ANAK NUTRISI LENGKAP

Cegah awal.Jaga pemakanan anak, beri dia nutrisi yang lengkap supaya badan tak mudah lemah dan tak mudah terkena jangkitan virus. 
Cukuplah tahun 2016, saya di duga Mairaa kena jangkitan HFMD,
 3 hari di wad yang cukup memenatkan. Bukan mengeluh, tapi saya lebih suka dia dalam keadaan yang sihat berbanding sakit. Kami terpaksa berkongsi katil wad suami isteri, bergilir-gilir jaga dia ketika sakit. Nak pantau suhu badannya sentiasa. Allahu , waktu itu memang saya rasa biarlah anak berbanding sakit.Jadi saya berikan dia kelengkan nutrisi untuk si anak.
Selepas kejadian itu, omega guard dan mealshake sentiasa saya beri untuk cegah awal.Alhamdulillah, tahun 2017 anak tak ada masalah.Semoga hari-hari mendatang dia lebih sihat, kuat dan insyallah minda anak lebih cergas dan cepat tangkap dengan apa yang di belajar di sekelilingnya.Ubat dah boleh dijauhkan, saya gantikan dengan nutrisi semulajadi.






No comments