BILA KITA BERSEDEKAH....


Betol lah kata ibu bapa saya, ustaz, ustazah, mentor jutawan shaklee sy atau org2 yang dah lama berkecimpung dalam dunia bisnes ni, salah satu cara untuk menjemput rezeki adalah dengan cara bersedekah. 

Selalu kita baca kenyataan ‘’org yang bersedekah ni tak akan miskin’’. Tapi kita buat ke??Waktu bila kita bersedekah??
kalau cuma sekadar baca atau dengar pakar2 motivasi cakap tapi kita tak pernah buat, mulalah kita asyik dok fikir ‘kenapa asyik dia je dapat itu..dapat ini..asyik dia je yang murah rezeki..kenapa tak kita???…’

Persoalan demi persoalan datang dalam kepala walhal kita sendiri tak bergerak atau ringankan tangan kita untuk rajin sedekah.

Nak kongsi cerita fresh dari saya,

Haritu bila sy pon tak ingat, adalah kawan dalam friendlist  FB sy ni share something yang bertajuk
 ‘CARA LAIN UNTUK BERSEDEKAH’’. 

Dalam banyak2  cara yang telah disenaraikan tu, ada satu cara yang telah menarik minat sy iaitu,

‘’Ringan kan tangan untuk hulurkan sedikit duit kepada orang yang dah tolong kita isikan minyak kereta  kita’’

Bila baca ayat ni, rasa berdesupppp masuk dalam kepala…
"OK AKU NAK BUAT CARA INI"

Isnin lepas ( 17/08/2015) sy start buat, pagi tu sebelum pergi kerja kebetulan memang sy nak pergi isi minyak sebab waktu tu minyak tinggal satu bar jer. Kebetulan pagi tu adalah dalam 2-3 org yang tengah jaga pam minyak, sy pergi dekat sorang adik ni..sambil2 isi minyak sy berbual lah dengan adik ni, katanya dia kerja sementara je dekat pam minyak tu sebab sementara menunggu cuti sem. Katanya  lagi bolehlah lepas nak bayar duit pengajian untuk masuk sem baru. Sy pon tak tiba2 rasa sebak dan kesian. 

Dengan tak semena2 sy pon keluarkan beg duit dan hulurkan sedikit duit sebagai tanda penghargaan.Mulanya dia menolak, tapi sy cakap takpe ni rezeki awak pagi2 nak cari rezeki. Budak tu pon ambil dan ucapkan terima kasih. Sy rasa memang luar biasa.

Hari demi hari , pada 20/08/2015, sebelum sy start enjin kereta nak pergi kerja, hp sy bunyi mesej whatsapp bertubi2..dah macam machine gun tau..sy pon bukak mesej dan baca satu persatu mesej rupanya mesej dari customer baru dan lama..syukur alhamdulillah, rezeki sy pulak datang bertubi2..mengigil rasa tangan ni nak terima rezeki dari Allah. Syukur sangat2 sampai nak keluar air mata.Sale saya haritu jer adalah dalam RM6++.Bayangkan kalau Tuhan nak beri, banyakkkk sangat rasanya, waktu tu baru fikir 
baikkknyaaaa Allah..

Pagi tadi ( 21/08/2015 ) , masa dok termenung nak tunggu lampu hijau dan  nak ondway ke tempat kerja, sy baru terfikir kronologi rezeki yang tuhan hantar pada sy semalam.Hebat! memang sangat hebat. 

Baru sy terfikir yang ada hikmah kita sentiasa bersedekah ni. Kadang2 tuhan tak bagi pada kita secara terus , mungkin hari ni bukan rezeki kita mana tau esok lusa???. Manusia boleh halang ke kalau tuhan nak bagi rezeki dekat seseorang tu??Cuma kita ni jer perasan atau tak . Satu lagi, kalau tuhan tak balas dengan wang ringgit juga, mungkin tuhan balas dengan kesihatan yang baik, cerdik minda, ramai org sayang pada kita atau sebagainya.

 Senang cerita, rezeki tu boleh datang dari pelbagai sudut.
Jadi, kita perlu sentiasa bersangka baik dengan rezeki dari Tuhan. 

Allahuakbar!perkongsian sy ni bukan untuk menunjuk2, tapi  untuk menjadi iktibar dan muhasabah pada kita semua. Yang mana yang tak pernah bersedekah, tak pernah ringan kan tangan hulur duit di tabung masjid tau sebagainya, start lah dari sekarang. Insyallah kalau bukan harini, esok lusa pasti rezeki kita pula.

#Jom bersedekah ..... 



No comments