"Shaklee Landmark Study" Tanda Bukti Shaklee Berkesan Tanpa Memudaratkan

Rasa rugi kalau saya sendiri jer yang baca tanpa berkongsi dengan pengguna-pengguna baru dan lama di luar sana. Dengan artikel ini dapat mengukuhkan dan meyakinkan lagi pada para pengguna yang memilih Shaklee sebagai jenama vitamin yang terbaik.

Cara hidup dan kesihatan yang berkualiti adalah daripada asas yang berkualiti. Kalau asas kita pon lemah, tak kualiti, atau sembarangan jer..adakah hidup kita sihat??

Artikel ini saya rasa adalah yang terbaikkk untuk membuktikan SHAKLEE is the NO.1!

mari sama2 kita menimba ilmu..kepada yang sudi baca sy ucapkan TERIMA KASIH!

--------------------------------------------------------------------------------

SIAPA DR STEPHEN CHANEY?



Dr Stephen Chaney



Jom tonton video sama-sama ,










APAKAH LANDMARK STUDY?



Landmark study adalah kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti risiko dan manfaat ke atas seseorang yang menggunakan suplimen secara menyeluruh dalam jangka masa yang panjang.


KENAPA “LANDMARK STUDY” INI PENTING?



Landmark Study” penting kerana dalam keterbatasan kajian saintifik, tidak semuanya boleh dibuktikan dengan segera. Suplimen bukannya seperti ubat yang terhasil dari dadah yang diproses di makmal, nukan juga “peluru ajaib” yang boleh tunjukkan kesan segera dan terusdalam masa beberapa minit atau jam sahaja kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja dalam mengatasi satu-satu masalah kesihatan.



Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangka masa yang pendek, dan baisanya penyakit mengambil masa selama 10 ke 30 tahun untuk bermula dan menunjukkan kesan kepada tubuh kita. Jadi, “Landmark Study” ini sangat sesuailah kerana kajian dibuat untuk jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 20 tahun.



Kenapa mesti ada kajian mengenai “Landmark Study” ini?
 Yup, somebody has! Kerana kita mesti tahu samada suplimen ini berbahaya atau bermanfaat kepada kesihatan kita.



Kos yang tinggi diperlukan untuk melakukan landmark Study ini. Kerana itulah, tidak semua syarikat suplimen melakukan “Landmark Study” ini ke atas pengguna suplimen mereka.


SIAPA PULA YANG MELAKUKAN “LANDMARK STUDY” INI?



Dr Gladys Block

Ini merupakan bahagian yang mengujakan untuk diceritakan kerana ia bukan calang-calang saintis yang menjalankan kajian ini, sudah pasti ia merupakan saintis yang pakar dan terbaik dalam bidang nutrisi. “Landmark Study” ini telah dijalankan oleh salah seorang daripada saintis yang top di dunia dalam bidang nutrisi di UC Berkeley, Dr Gladys Block. Dr. Block miliki beratus-ratus kajian dalam bidang ini. Seluruh dunia menggunakan borang kajiannya dalam membuat kajian dalam bidang nutrisi. Dr. Block telah meminta dari Shaklee untuk beliau menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang. Mengapa beliau memilih Shaklee?

Reputasi Shaklee yang terkenal dan memang dikenali dengan integriti dan kualitinya
Shaklee mempunyai kumpulan pengguna yang sesuai kerana mereka adalah pengguna Shaklee yang tegar, yang menggunakan produk Shaklee dalam jangka masa yang panjang.

Apabila Dr Block mengutarakan permintaannya terhadap Shaklee, CEO Shaklee Corporation mengalu-alukan “Landmark Study” dilakukan ke atas Shaklee. Kenapa? Kerana Mr Roger sangat yakin bahawa suplimen Shaklee sememangnya miliki keistimewaan tersendiri dan diyakini selamat dan tidak memudaratkan sesiapa pon dalam jangka pendek mahupon jangka masa panjang. Mr Roger juga tahu bukti yang lebih konkrit akan diperolehi mengenai kesan pengambilan suplimen Shaklee ini apabila Landmark Study dilakukan ke atas pengguna Shaklee.

Tentang Landmark Study ini, tidak banyak syarikat yang memberi keizinan kepada pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat seandainya keputusan atau “result” dari kajian yang dijalankan itu menunjukkan produk mereka tidak berkesan, mahupon memudaratkan. Jauh berbeza dengan Shaklee yang begitu yakin dengan keberkesanan produknya kerana pelbagai kajian saintifik dan ujian klinikal dijalankan terlebih dahulu sebelum menghasilkan satu-satu produk.. Oleh sebab itu, kami sebagai pengedar, bukan saja-saja suka hati mengatakan produk ini berkesan dan selamat tetapi ianya telah dibuktikan berkesan dan selamat!





Shaklee landmark Study by Dr Block


BAGAIMANA LANDMARK STUDY DILAKUKAN?

3 kumpulan diasingkan mengikut kategori:

1. Kumpulan Shaklee – Telah mengamalkan pelbagai suplimen Shaklee selama 20 tahun ke atas. (Wah, ini kategori tegar Shaklee!  )

2. Pengguna multivitamin produk lain (MV)

3. Pengguna yang tidak menggunakan apa-apa suplimen



Bagaimana lakukan Shaklee Landmark Study

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Excited saya apabila membaca dan meneliti keputusan yang diperolehi daripada Dr Block dan rakan-rakannya. Saya tidak ingin mengulas panjang satu persatu hasil keputusan dengan sungguh detail. Cukuplah saya kongsikan info melalui slide ini yang telah diringkaskan bagi memudahkan kita semua faham.



shaklee landmark study result- blood nutrients

Bukti bahawa nutrisi di dalam suplimen Shaklee adalah sangat “bioavailable” iaitu nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplimen.


shaklee landmark study result- biomarkers disease risks



Pembuktian bahawa pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit.



shaklee landmark study result- disease incidence

Pengguna suplimen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.



shaklee landmark study result- HDL

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides



conclusion of shaklee landmark study by Dr Block



Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.



Jika anda ingin mengkaji atau membaca dengan lebih detail lagi, boleh ke link ini ye.

http://www.nutritionj.com/content/pdf/1475-2891-6-30.pdf



Hasil kajian membuktikan, suplimen Shaklee adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna.

Alhamdulillah, cukup jelas dan terang. Perlu ingat, Landmark Study ini hanya merujuk kepada penggunaan produk Shaklee. 

Bagaimana dengan produk keluaran syarikat lain?
Seperti kita sedia maklum, kebanyakan syarikat tidak mempunyai standard “Quality Assurance” yang sama seperti yang dipraktikkan di Shaklee.

Sangat sedikit syarikat yang menjalankan kajian klinikal atas produk mereka sebelum ia dikilangkan. (Part ini yang banyak berlaku di Malaysia, sehingga menjadi lambakan “Suplimen Sampah” yang boleh memudaratkan anda!)

Sebagai penutup, suka saya untuk membuat kesimpulan tentang “Shaklee Landmark Study“:




shaklee landmark study


  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang – Tiada siapa yang pernah melakukan kajian seperti ini melainkan Shaklee.
  2. Pengguna produk Shaklee mempunyai level nutrisi dalam darah yang lebih baik–Terbukti produk Shaklee adalah bioavailable di mana ia mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai biomarkers of disease risk yang lebih baik –Terbukti menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko dari penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah–Terbukti menggunakan Shaklee anda boleh meningkatkan taraf kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik –Terbukti anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplimen Shaklee –Terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangka masa panjang!

Sekiranya anda mencari hidup yang lebih sihat dan berpanjangan atau anda mencari lebih tenaga dan muda:


''Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih muda, sihat, dan bertenaga! Pilihan di tangan anda, saya telah memilih yang terbaik dan saya yakin anda pasti memilih yang terbaik!''

Terima kasih kepada Master Iffah dan Master Zahirah atas perkongsian bermakna ini, saya juga tidak mahu terlepas untuk men'viral'kan hal ini kepada masyarakat luar yang memandang enteng pada produk shaklee. Ketahuilah anda kualiti produk menjamin kehidupan anda kelak.

No comments