FIRST TIME JEJAK GANU KITO!

Assalamualaikum and hye!

Sebelum cerita ni jadi lapuk dan basi, baik halimah ON laptop dan share first experience halimah jejakkan kaki ke bumi ganu kito baru-baru ni dalam blog ni.

Manalah tau, kot2 ada yg tengah cari2 tempat sesuai untuk honeymoon ke, short vacay bersama keluarga atau kawan2 ke atau saje2 nak bercuti sambil habiskan duit yang ada..hehe!

Pehhhh , penat tak hilang lagi ni sebenarnya sebab halimah pergi ke ganu last weekend haritu naik bas persiaran tau. Ala2 rombongan cik kiah gitu..cewahhhh!tapi seriusly bestttt sangat sebab bila semua yang ikut rombongan ni  berkumpul dalam satu kenderaan rasa fun dia lain macam berbanding konvoi kereta... kitaorang relax je dalam bas, sewa bas siap ada 2 org driver yang bawak kami pusing satu ganu. Kalau konvoi, penat dia mesti berganda2.


Dipendekkan cerita, halimah bertolak dari Johor dalam pukul 1 pagi hari Jumaat. Memandangkan halimah sekarang ni dah agak sarat mengandung, husband dah awal2 siapkan bantal dan toto untuk halimah dalam bas nanti. Yelah kan, 7 bulan masih syokk nak berjalan sakan, buatnnya terberanak mak buyong ni nanti..tak ke naya! Ada satu lagi yang husband pesan, supaya bawak sekali buku merah tu siap2.hehe! 

Kalau ikutkan planning big bos (ayah), kami bergerak dari Johor terus ke Jengka, masih dalam mood raya kan so ayah pon dah alang2 berjalan jauh ni dia nak jugak lah singgah rumah akknya untuk beraya sambil breakfast (itu tujuan sebenar..lapar dah weyh terhenjut2 dalam bas..hehe)..Dalam jangkaan, kami sampai tepat dalam pukul 9 pagi di Jengka. Singgah sekejap, borak2, regang2kan kaki, makan breakfast, relax lagi, dan teruskan perjalanan kami ke Terengganu pulak.


Tak silap dalam pukul 2:30 petang kami semua selamat sampai di Kuala Terengganu. Terus je check in homestay yang dah siap booking oleh kak ipar dekat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Oklah nice view mungkin sebab homestay kami ala2 kampung kot.Sewa situ pon tak adalah mahal sangat, semalaman cuma RM200.Ada 4 bilik (semua aircond), satu bilik air dan hall.Kemudahan lain ada TV,peti sejuk, iron baju.Nak mintak lebih2 kenalah bayar lebih ye tak???Ala, duduk pon sekejap je..so rasanya takyah lah membazir nak sewa mahal-mahal,Duit yang lebih2 tu boleh lah kita bawak ke Pasar Payang nanti...hehe!

Aktiviti petang tu tak ada apa2 sangat memandangkan semuanya dah lepak. Yang ada cuma aktiviti tidur je! Belah malam pulak, kami semua pergi makan2 dekat area situ jugak..kebetulan akak ipar ni orang Terengganu, jadi masa yang ada ni kita ambil peluang untuk berkumpul bersama-sama. Bukan senang nak datang Terengganu ni tau. Tujuan asal kami ke Terengganu ni jugak bukan sekadar nak bercuti tapi kami memenuhi undangan perkahwinan daripada keluarga kakak ipar.

Kalau bukan sebab ada undangan perkahwinan rasanya takkan sampai halimah ke Terengganu ni.Semuanya tak di rancang tapi berlaku secara kebetulan.Tu yang best tu, bila percutian yang berlaku secara kebetulan memang akan menjadi...tapi kalau percutian yang dirancang, ada je macam2 hal yang jadi. Yelah kan back to basic, kita merancang Tuhan yang tentukan.betol tak???

Lepas tu, kami saja jalan2 malam dekat Pasar Payang...fuhh ramai orang membeli kat sana, jangan terkejut durian kat sana  murah2 belaka, isi dia pon padat dan kuning je semuanya..halimah sempat lah malam tu borong makanan untuk budak2 ofis..hehe!


Hari kedua ( Sabtu ), pagi2 lagi kami dah bersiap2 nak ke rumah pengantin..Tak jauh jugak lah dari tempat kami menginap.Adalah lebih kurang dalam 10 minit dari homestay.Kebetulan datang ke Terengganu, memenuhi jemputan perkahwinan so dapatlah kita tgk adat istiadat org Terengganu kahwin,,,hehe!.Lain benor rasanya dengan negeri Johor yang femes dengan pukulan kompang dan TOL.'Tol' ni lah yang memeriahkan lagi satu2 majlis perkahwinan.Nak buat guano, Johor saje yang terkenal dengan tol.Kita mohhh layannnn, yang penting makanan sedapppp!macam2 hado..kenyang den oiii. 


Nasi minyak, kambing, rambutan, aiskrim, kuih muih semua dah elok bersemadi dalam perut halimah hari tu. Memang enak2 belaka juadah yang disediakan, makan free...sapa tak suka oiii!haha~



Lepas majlis, kami semua bergerak ke Butik Noor Arfa. Masa datang haritu kebetulan butik tu ada buat sale..pehhh!apa lagi borong sakan lah masing2..masuk bawak handbag, keluar macam2 bag ada..

halimah sempat lah ambil 5 helai kain batik sebagai persediaan untuk berpantang nanti and satu blouse batik,hehe!TQ husband sebab belanja,,yeayyy!Ha...halimah sempat jugak tau pergi tgk orang buat kraftangan kipas tangan, tenun songket dan lukis batik dekat bahagian bawah butik tu, 


muka happy sebab husband belanja...yeayy!katanya ' shopping sempena nak bersalin..hehe;)



Memang dah planning satu haritu nak manfaatkan sepenuhnya masa dekat Terengganu, jadi lepas ke butik kami semua ke Taman Tamadun Islam.Kalau dah kesini, tak sah kalau tak singgah ke Masjid Kristal kan.tapi yang pasti bukan 1 masjid kita orang pergi melawat, 23 replika masjid dari 21 negara di Asia lagi kita orang sempat belajar dalam masa 4 jam..haaaa cara tak???kalau nak tau kenalah korang pergi singgah Taman  Tamadun Islam sana. Rasanya tak rugi bayar RM35/orang untuk tgk replika2 masjid sambil nonton video, naik bot pusing keliling kawasan tu dan dapat voucher makanan dan beli souvenier lagi tau.Memang bestt arrr!

ok layan gambar ni ..hehe


Depan Taman Monumen..gambaq dulu!


aktiviti paling besttt..naik bot pusing keliling sambil tgk keindahan negeri Terengganu..


Tak sah kalau tak tgk Masjid Kristal bila dah sampai Terengganu..hehe ;)


Post lagi..freestyle!happening giler gambar ni kan???






Pusing keliling Taman Tamadun ni naik kenderaan atas tu (apa ntah namanya)..sambil pusing sambil diceritakan kisah di sebalik masjid2 yang ada kat situ..ada video sekali tau..tak rugilah kesini!





Sebelum balik, kami sempat ke kedai jual keropok lekor.Apelagi...borong sakan lah, nasib ada kak ipar yg asal dr ganu jadi tau lah kat mana tempat yg best nak beli.Murah pon murah.boleh lah borong banyak untuk bagi sedara mara dan sahabat handai.


Esoknya ( Ahad) pula, awal2 pagi dah siap nak pergi ke rumah besan ayah ni ( umah akk ipar ni lah ) untuk breakfast. Katanya ada yg special utk org Johor. tak lain tak bukan,pekena NASI DAGANG lah weyh!



Tepat pukul 11 pagi macam tu dah gerak balik ke Johor, sampai rumah jer dalam pukul 11 malam jugak. tapi sebelum sampai rumah tu sempat jugak dinner di D'sinar restoran, tokey ni dulu wartawan akhbar sinar harian. Makanan situ memang tiptop, org johor kalau nak cuba, boleh whatsapp halimah kalau nak tau lokasinya yer..heheh!



Makan jelah kerjanya!


Oklah, tangan pon dah penat nak menaip ni..semoga perkongsian percutian pendek ni boleh jadi rujukan korang...selamat malam ;)





No comments