CARA MANDI WILADAH & NIFAS

Assalamualaikum.

Selain daripada mandi wajib sebab datang haid , wanita perlu tahu tentang cara mandi selepas bersalin iaitu MANDI WILADAH dan NIFAS. Halimah pasti kebanyakkan wanita terlepas pandang akan 2 bab ini.Disebabkan rasa 'exsaited' nak nyambut kelahiran baru sampai terlupa kewajipan kita dengan Allah s.w.t.hihi!Bagi kaum ibu yang sudah ada pengalaman mungkin sudah tahu, tapi entry kali ni halimah tulis khas untuk kaum wanita yang baru bergelar ibu.

Tgk betapa prihatinnya Halimah pada korang. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua iaitu:


  • Wiladah
Mandi wajib selepas melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan. Maknanya bila bayi keluar je dari perut ibu, WAJIB terus mandi wajib. Jika bersalin normal pada waktu pagi, petang dah boleh mandi Wiladah.


Niatnya: "Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala"

Ratakan air keseluruh badan.

  • Nifas
 Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari ia dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.


Jika anda keguguran perlu mandi nifas.


Niat:"Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala"

Ratakan air keseluruhan badan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Wallahualam,semoga entry ini menjadi panduan kepada ibu2 sekalian.
Yang baik dtg dr Allah dan yang buruk dtgnya daripada sy sendiri.
Terima Kasih.

No comments