Hipopo Baby Spa & Wellness

Hye.Salam semua.

Ok disebabkan ramai personal message halimah tanya tentang baby spa tu,halimah dengan berlapang dada nak kongsikan dengan anda di sini.Kalau dekat blog boleh membebel panjang sikit sebab ini 'rumah' kita sendiri,kalau dekat FB tu sikit2 boleh lah..ye dakk??..hehe ;)

Halimah rasa ini satu pengalaman yang menarik yang boleh dikongsikan bersama ibu-ibu diluar sana. For sure, you all mesti tercari-cari satu aktiviti baru untuk luangkan masa bersama anak di hujung minggu kan??

Actually untuk ke baby spa ni Halimah dah plan nak pergi sejak pregnant lagi. hehe. Lama tu dok skodeng IG Hipopo Baby Spa & Wellness ni sepanjang pregnant. Kiranya harini hajat dah tertunai. Halimah bukan apa, seronok  sgt tgk baby swim dalam tub mandian tu,dgn kaki tergedik-gedik rasa comel giler.Masa zaman ibu tak de semua ni Mairaa oii.Untunglah awak.

Nak dijadikan cerita, masa tengah dok lipat kain pagi tadi, halimah tiba-tiba tergerak hati nak cari no telefon baby spa ni untuk buat appointment,kebetulan pulak harini suami off day.haaaa ok sgt lah tu kan, atleast ada aktiviti yang kami buat. 

Kita layan gambar je lah yerk entry kali ni.

Ha ini lah dia Hipopo Baby Spa & Wellness yang terletak di Tesco Tebrau 
(lokasi betul-betul sebelah Jusco Tebrau )


Risau jugak kalau main terjah je nanti kena que lah ape lah. Mood baby boleh hilang kalau menunggu terlalu lama.Dah jadi tak syokk pluck aktiviti ni nanti.
So halimah set appoinment siap2 dalam pukul 4 petang.
Kalau korang nak tau,waktu  operasi untuk Hipopo Baby Spa & Wellness ni dari jam 
10 pagi hingga ke 8 Malam.


Halimah sendiri rasa teruja dgn decoration dalam baby spa ni sebab cantikk sgt tempat dia.Suasananya pon best je. Lagu yang dimainkan semua lagu budak2,kita yang duduk dalam ni rasa terhibur sgt.Masa halimah dtg ni lenggang okey,tak de orang langsung. We all sefamily je ada.hihi.Nasib baik datang time weekdays,kalau weekend sure penuh dan sesak.
Tak sia-sia rasa datang hari ni.


Mairaa & ayah.Tq ayah layan ibu dan Mairaa ke sini.


 Mairaa dah ready nak swim ni ayah. Akak hipopo yg dekat sebelah tu tengah sibuk isi air.Jangan risau,dekat tub tu ada air sejuk dan panas tau.You all boleh request, tapi ibu mintak air yang suam-suam je which is yg sesuai untuk kulit bayi yang baru usia 1 bulan 2 minggu ni.hihi.
Oh yer, kalau korang nak tau baby spa ni sesuai untuk newborn hingga 3 tahun. 
Kalau yang newborn tu makesure berat baby mesti lebih drp 4.5 kg dan tidak ada ambil sebarang suntikan.Nasib baik masa checkup sebulan haritu,memang ngam2 berat Mairaa 4.5 kg.
Macam tau-tau je ibu nak bawak ke sini.



Sebelum Mairaa terjun dalam tub mandi tu,akak hipopo ni buat sedikit penerangan tentang Hipopo Baby Spa & Wellness. 

Dia terangkanlah serba sedikit tentang kemudahan2 yang disediakan dalam baby spa ni. Dalam baby spa ni banyak jugak tub mandi tau,ada yang kecil dan besar. Dan ada jugak untuk private room tau,khas untuk anak2 yang jenis takut dgn org dan of course sesuai untuk sesiapa yang  inginkan privasi. 

Ehh...apa yang akak hipopo pegang tu?Itu adalah alat untuk check suhu badan bayi sama ada demam atau normal. So ibu-ibu pastikan anak tak ada demam,selesema atau batuk masa ke spa ni yer. 


Yeayy!Baby mairaa in the tub yawww...Mula-mula Mairaa nampak macam kekok dan takut,lama-lama wahh kemain dia swim dalam tu. Kuat kaki dia tolak air. 

Ehhh,tak sakit ke leher Mairaa tu??Oh yer,ini pelampung jenis neck support yang mana dkt bahagian leher tu dia support dan dkt bahagian leher tu tak de lah keras sgt, 
so Mairaa akan rasa selesa untuk swim. 

Pelampung disediakan ,dan ada beberapa size,yang Mairaa pakai ni size S.Oh ye lagi satu, dekat bahagian belakang pelampung ni pon ada safety pin.So kepala baby sure takkan tengelam dalam air.

Satu lagi, yang perlu korang bawak siap-siap adalah pampers,itupun nanti akan digunakan selepas mandi nanti. Pampers yg dalam tub tu disediakan sendiri oleh pihak baby spa ni.Jangan risau yer.



Lepas mandi,sesi massage pulak. Minyak yang ada dekat baby spa ni semua yg organic tau,untuk kulit baby yg sensitif pon sesuai. Lepas mandi ni lah baru dgr Mairaa menangis sebab dah habis tenaga agaknya diepaskan dalam tub tu tadi.Apa lagi,menangis mintak nak susu ibu ler.Pandai.Lapar je cari ibu.Nak ajak main cari ayah yer.Ngelat.

Macam syok je tgk Mairaa kena massage macam ni. Ibu pon dah lama tak kena massage tau.


Untuk bayaran pulak, cuma RM86 shj per sesion which is swim for 20 minutes +massage.

Kalau tak nak ambil pakej,just nak yang single pon boleh,

Swim - RM 48
Body Massage - RM38

Kalau halimah tak silap ada pakej untuk setahun tau..untuk yang berminat boleh tgk link bawah ni,segala detail untuk rujukan semua ada.


Untuk org Johor Bharu,ini alamat dan siap no tel yer,you all boleh check sini :

Lot No. G15, Ground Floor, Tesco Desa Tebrau 1, Jalan Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100, Johor Bahru, Johor. 

 Akhir sekali, Halimah nak say thanks untuk Hipopo Baby Spa & Wellness area Tesco Tebrau Johor atas layanan yang baik dan mesra tadi,Insyallah kami akan datang lagi nanti.

Ok korang dah boleh book appointment untuk hujung minggu ni,selamat berspa bersama baby ;)

Korang pon jangan lupa SHARE dgn kawan-kawan lain nanti yer,thanks!






No comments