Jangan jemur baju dalam rumah!

Salam.

Pagi ni scroll Fb, halimah tertarik dengan satu artikel yang selalu menjadi amalan masa zaman belajar .Rasa macam terpanggil  nak share info yang bagus ni dalam blog. 

Korang tau tak??? 



Amalan suka jemur baju dalam rumah ni boleh jadi KANSER!..haaa,dgr kanser je semua orang mesti takutt kan?? 
Ok mohh lah baca  info lanjut dekat bawah ni.

1. Boleh Jadi Kanser


Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi


Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.



Sumber : Anyys

Ada beberapa sebab kita suka jemur baju dalam rumah/bilik :

# sebab CUACA, seminggu hujan tak berhenti..lepas tu baju tak kering, pasang volume kipas kuat2 ,jemur baju bawah kipas.kan??

#sebab TAKUT PAKAIAN HILANG  kena curik atau takut bercampur dengan baju orang lain,lepas tu time nak pakai ,cari tak jumpa..atlast gantung dalam rumah atau bilik. Ni zaman belajar femes!

#HABIT.ni susah nak ubah melainkan diri sendiri yang kena ubah.hehe!

Tips nak elak jemur baju  dalam rumah/bilik:



DOBI MR.BEAN KAN HADOO SEKARANG NI..PERKHIDMATAN BASUH BAJU SIAP KERING SEKALI..SEDIAKAN COIN JE,hehe;)

Sekian..

No comments