Kembali Fitrah

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya.

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah SWT, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

==================================================

Dengki?? Orang kata perkara tu biasa. Tapi perkara ini tak sepatutnya berlaku. Harini actually halimah dalam kesedihan atas perbuatan khianat untuk org yang Halimah hormati dan segani.
Bila dgr berita memang sentap, kalau diri ni yang berdepan memang macam ditoreh-toreh hati ni.Tapi hamba Allah yang halimah segani ni memang berjiwa kental, kuat semangat, dan tabah dalam mengahrungi di saat beliau dikhianati.Setia menunggu perkongsian darinya.Sedih memang sedih.

Halimah harap sideline halimah di bawah ni jauhhhhhh dari perasaan hasad dengki malah pupuk kasih sayang antara kami. Yer, tak semestinya bertudung labuh, bertudung malah berniqab sekalipon, tapi hati tetap lain-lain bukan.Tapi pegang teguh lah pada rezeki masing-masing dan ada bahagian kita nanti. Tak cukup wang ringgit, mungkin Tuhan cukupkan pada bahagian lain, jangan sesekali tamak haloba dari segi harta, wang ringgit dan pangkat. Tuhan ada dan Dia sentiasa melihat hambaNYa...

Tak boleh teruskan ayat lagi..rasa kesedihan masih dibelenggu!


Kenangan dinner shaklee 2015, tak pernah lupa saat2 manis ni


Orang yang saya hormati dan segani, PM CERY dan MUMMY FAI


ukhwah yang tidak terjangkau dek akal untuk bersama dalam bisnes



No comments