Cukur Rambut & Majlis Aqiqah Humairaa

Assalamualaikum..

Hai.Sejak dah version 'mak-mak' ni ,kerja yang nak di buat semua kena cepat dan pantas.Bayangkan nak masuk bilik air pon terpaksa keluar cepat sebab pantang dgr baby Humairaa ekk..ekkk sikit.Laju je nak keluar bilik air,tak sempat nak buat pape.Kih!kih!.Ketahuilah Mairaa oii  yang mom tak sempat nak berangan mcm dulu.Sobsob. Ini pon kalau boleh nak update blog ni pon nak seberapa pantas yang boleh,kalau entry sikit2 tu faham-faham jelah yerk. Sempat berblogwalking 5 atau 10 blog kira alhamdulillah sangat.Kebetulan sekarang ni seketul Humairaa tengah nyenyak tidur ni , so boleh lah lama sikit depan lappy ni.Harap-haraplah.Tehee!

Syukur Alhamdulillah, genap je hari yang ke7 haritu Halimah dan suami dah selamat menyempurnakan majlis aqiqah untuk Humairaa.Kita bagi tgk gambar dulu ea.


Sebelum memulakan tugas, ustazah tahniqkan Humairaa dengan madu..uhmm sedapnya!



Tugasan bermula ye Ustazah! tgk tu...kepala Humairaa kemerah-merahan kauu..hehe



Pusing kanan pulak, Humairaa dah start nak merengekk time ni.. hehe!



Sambil bercukur, sambil selawat ke atas nabi.alhamdulillah, semoga jadi anak yang solehah..aminnn!

Amalan yang mengikut sunnah, Humairaa pon dicukurkan sampai botak. Halimah tak buat cukur jambul sebab yang Halimah faham itu adalah amalan bidaah. Berpandukan kpd syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Amalan ni jugak dipercayai berasal drpd kepercayaan masyarakat India yg beragama Hindu. Tambah mengelirukan, dalam cukur jambul jugak ada adat yang di mana rambut yang digunting tu dimasukkan dalam buah kelapa. 

Untuk keterangan lanjut tentang bercukur ni boleh baca artikelnya di sini :


10 Oktober 2015, jam 1:30 tengah hari, Ustazah Zaliah datang ke rumah mak Halimah untuk cukurkan rambut Humairaa. Halimah kenal dengan ustazah ni daripada jiran Halimah. Itupon mak yang aturkan semua, yelah kita kan baru so masih terkial-kial lagi hal ni. Pada mulanya mak nak suruh suami je cukurkan, tapi suami pulak tak berani.hehe!

Tapi bagus jugak suami tak ada experience bab ni sebab apa yang Halimah sendiri tgk ustazah ni sempurnakan acara cukur rambut ni penuh dengan toqmaninah. Peralatan yang ustazah ni ada semuanya lengkap (lupa pulak nak snap photo hehe). Majlis dimulakan dengan bertahniq, lepas tu bacaan selawat, dan berdoa. Kiranya mmg org yang expert lah bab ni. 

Humairaa pon waktu tu nampaknya beri kerjasama yang baik. Mulanya dia nyenyak tidur, bila dah separuh rambutnya dicukur ,dia dah terbangun mungkin dah rasa ringan sikit kepalanya.Awalnya memang syg nak buang tapi mak nasihatkan apa yang kita buat ni pon satu perkara yang baik.Kata mak, rambut yang asalnya dari rahim kita tu tak berapa sihat.So lepas ni, insyallah semakin sihat anak ibu dengan rambut baru.

Jadi setelah selesai dicukur, rambut dia ditimbang. Berat rambut dia 4g. Bila dinilai dengan harga emas untuk haritu ialah RM190/g. Jadi, 4g x RM190 = RM860 duitnya yang akan di agihkan kepada fakir miskin atau anak yatim.Yang ini amalan sunat.

"Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. "

Kalau tak mampu untuk dinilai dengan harga emas, kata ustazah boleh je di nilai dengan harga perak.Bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Selesai satu bab...

Malam tu pulak, kami teruskan lagi dengan majlis aqiqah Humairaa. Kami buat dekat surau je sebab kawasan rumah sini masih berdepan dengan masalah catuan air.Sobsob.Majlis yang dibuat ringkas cuma bacaan yaasin, berzanji ringkas oleh atuk Humairaa  dan menjamu tetamu makan.

Pada awalnya, Halimah ingatkan nak buat selepas berpantang, jadi ada masa lah Halimah nak tempah goodies bag, nak buat pelamin kecik, nak buat bunga telur dan sebagainya...tapi tak kesampaian sebab suami dan mak dah sepakat nak buat masa hari ke7 jugak.Baru ibu nak berangan2 tempah baju dekat WajieIbrahim tau.Alamatnya ibu simpan angan-angan ni untuk majlis lain pulak lah,majlis hari jadi ke atau majlis masuk rumah baru nanti.hehe,Insyallah.

Alhamdulillah, majlis semua selesai dalam jam 10 malam.Terima kasih Halimah ucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan majlis aqiqah anak perempuan kami terutamanya pada tetamu yang hadir malam tu.







No comments