3 PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT YANG ANDA PERLU TAHU

Salam semua...

Mari kita belajar dan tambah ilmu sikit tentang PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT..semoga ianya bermanfaat..Halimah yakin ramai lagi yang tak tahu dan konpius..takpe..yang tak tahu kita belajar..yang tahu kita tolong jelaskan..betol tak???Ok selamat membaca...


PERBEZAAN #1
UBAT : Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit.

SUPPLEMENT : Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit.


Dulu, Halimah sendiri pon tak faham langsung apa beza UBAT dan VITAMIN. Awalnya, halimah fikir yang umur halimah masih muda dan sihat..biasa yang ambil2 vitamin dan ubat ni orang yang ada masalah..halimah tak ada masalah buat ape ambil?membazir je... Kenapa nak kena telan macam-macam pils tu. Kalau sakit barulah makan. Tak sakit buat apa nak makan ubat vitamin tu...Halimah dok perati kan mak halimah sendiri, dekat rumah bersusun vitamin..(dulu pelbagai jenis..sejak dah kenal SHAKLEE adalah dari bahan semulajadi...dan berkesan..mak halimah pelanggan setia shaklee tau) Haaa..nampak tak betapa salah fahamnya Halimah masa tu. Panggil pun "UBAT VITAMIN". Hahaha..Tak dinafikan..kalau ada orang yang tak tau...dia anggap segala bentuk kapsul, pil ia kan sebut itu adalah UBAT. 

Sebab tu halimah terpanggil untuk update dan jelaskan..mungkin 10% je yang masih tak faham..so far alhamdulillah 90% dah mula faham dan sedar akan kepentingan supplement..halimah akan kupas sedikit demi sedikit..kalau kupas banyak2 kang korang lagi tak paham ye tak??

Kalau anda nak tahu, dulu Halimah kerap juga SAKIT KEPALA..benda yang paling dekat dengan halimah waktu itu dan cepat je kepala ni dok fikir untuk makan ialah ambil PANADOL...dalam tepoh 2-3 jam sakit kepala dah reda..tak pernah fikir pon side effect sebab bila kita dah sakit kepala..benda yang kita nak ialah..CEPAT BAIK.. Sakit kepala ni penyakit biasa ..'orang kata' ..tapi kalau dah kerap sakit???mestijadi luar biasa..kannn...

(nanti halimah share kenapa panadol tak elok untuk tubuh badan..korang mesti tau surface je kan??tak pe kita selongkar nanti yer)

Kalau korang dah rasa sakit, sakit biasa macam ni je confirm akan pergi klinik sebab nak baik cepat. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada yang pergi klinik jumpa Doctor. Macam dah jadi lawatan bulanan la pulak. Hehe. Dan biasanya doctor akan bagi Paracetamol dan ubat selesema (e.g. Chlorphenamine). Check pon biasa je kan??betol tak??ha ...jangan tipu..hihi!

PERBEZAAN #2

UBAT : Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!


SUPPLEMENT : Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita.


TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan ia dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Hmm..Mungkin ada yang kata "Lambatnya sakit nak baik, sampai 1-2 minggu. Kalau makan ubat doctor, 2-3 hari je dah baik.". Hehe. Halimah dulu sebelum kenal Shaklee pun fikir macam tu juga.


Tahukah anda? 

Kebanyakan pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani DIALISIS, adalah terdiri daripada pesakit DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL yang bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital, atau yang sering makan PARACETAMOL (contoh untuk MIGRAIN, SENGGUGUT).


Puncanya? BUAH PINGGANG TERBEBAN DENGAN BAHAN ASING yang masuk ke dalam badan pesakit setiap hari dan tertinggal di dalamnya. Memang kebanyakan pesakit dialisis adalah di kalangan mereka yang dah bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital yang diperbuat daripada dadah. Kalau tak percaya, anda boleh refer kepada pusat-pusat dialisis yer.







Pesakit buah pinggang sedang menjalani Dialisis

Bila kesedaran itu datang dan faham yang ubat doctor bagi tu adalah DADAH dan akan bagi effect pada buah pinggang untuk jangka masa panjang, halimah lebih rela sembuh dengan penyelesaian secara SEMULAJADI.

Ini kerana supplement Shaklee memang diperbuat daripada bahan-bahan makanan dan semulajadi. Contohnya Vivix daripada Anggur Muscadine, Collagen dari sisik ikan merah, ESP daripada kacang soya, Herblax daripada Daun Senna, Omegaguard daripada minyak ikan laut dalam, dan lain-lain lagi.


PERBEZAAN #3 

UBAT : Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit.

SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari.


UBAT berasaskan dadah kebanyakannya cuma menutup dan mengubati kesakitan. Sedar tak? Takde penyakit yang berpunca daripada kekurangan apa-apa ubat dalam badan.

Contohnya bila kita sakit kepala ambil Paracetamol. Sakit kepala tu bukan berpunca daripada kekurangan Paracetamol dalam sistem badan kita kan? Sebenarnya,..korang perasan tak ia cuma untuk hilangkan kesakitan je.

Tapi berbeza dengan supplement, ia mengandungi segala protein, vitamin, minerals yang PERLU ADA DALAM SEL BADAN kita untuk berfungsi dengan baik.

Kalau badan kurang vitamin, kita boleh sakit atau kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Contohnya kalau kita selalu demam selesema, ia kemungkinan besar disebabkan badan kita kurang Vitamin C. So kita rawat lah daripada PUNCA penyakit tu, iaitu makan supplement Vitamin C untuk menampung kekurangan tu. InsyaAllah, ia dapat mengelakkan sakit yang sama berulang kembali.

Korang harus tau... supplement ni BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Tapi ia adalah PELENGKAP makanan kita setiap hari. Sebab itu supplement sebaiknya di makan bersama makanan seharian supaya ia lebih mudah diserap dan lebih berkesan.

Ia bertindak perlahan-lahan dalam jangka masa panjang untuk mengisi lompong-lompong nutrient yang kurang dalam badan kita.


ANDA PERLUKAN SUPPLEMENT?


Terpulanglah kepada apa yang kita makan setiap hari. Kalau kita boleh pastikan setiap hari makanan yang kita masak atau beli tu cukup keperluan vitamin, minerals yang diperlukan macam dalam Piramid Makanan di bawah, mungkin kita tak perlukan supplement. 

halimah pon tak paksa orang beli vitamin dengan halimah cuma halimah menggalakkan orang ramai amalkan supplement.. Nak pilih supplement apa pon halimah tak kisah..Janji korang kaji dulu lah..tak salah kan kita jadi orang yang lebih selektif dalam soal ini??yang nak masuk pon dalam tubuh badan kita..takkan kita nak pilih produk yang 'ikan bilis'..hehe!

Duit boleh cari..tapi kesihatan kalau tak jaga...hurm..susah nak cakap..tepuk dada tanya iman masing-masing yer..Kalau korang nak tanya halimah tentang supplement shaklee halimah boleh jawab dengan sebaiknya...tapi kalau supplement lain..halimah mintak maaf sebab halimah memang tak tau ... Dari zaman anak dara memang halimah amalkan supplement shaklee sahaja..sebab betol2 berkesan dalam diri halimah..
Sebab itu korang kena seletif jugak dalam mencari konsultasi yang terbaik...Pesan halimah 'cuba dulu..ambil masa 1-3 bulan, sebab supplement ni akan mula bertindak dengan tubuh badan kita  dalam masa 90 HARI' ..Jangan pulak baru makan harini...seminggu dua dah cakap 'ini tak bagus'...'itu tak bagus'..bagi peluang yer kawan-kawan...





Ha... cukup tak portion makanan kita setiap hari macam yang disarankan? Kalau kita kerap makan Fast Food dan Processed Food, biasanya memang tak cukuplah macam ni kan...Huhu..

Sebenarnya, selain makanan, banyak lagi faktor lain yang boleh merosakkan badan kita. Contohnya persekitaran yang dipenuhi pencemaran udara, asap rokok sekunder, radiasi, gaya hidup yang sibuk dan stress berpanjangan.

Jadi, supplement sebenarnya membantu juga untuk mengatasi masalah disebabkan faktor-faktor di atas tu untuk jangka masa panjang. Sebelum kita TERPAKSA makan macam-macam ubat lepas dah kena penyakit, tak salah kita amalkan supplement untuk pastikan badan kita cukup vitamin dan minerals. Betul ke betul? ;)

Kita tengok contoh Tun Mahathir Mohamad. Kalau anda nak tahu, beliau adalah pengamal suppplement sejak muda lagi. Sekarang Tun dah pun berumur hampir 90 tahun. Cuba bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan pemikiran) dengan atuk kita yang sebaya yang tak mengamalkan supplement. Hmm..nampak jelas perbezaannya?Kalau korang nak tau..Tun Mahathir sendiri mengamlkan VITALEA-multivitamin shaklee yang serba serbi cukup zat di dalamnya..Sesuai sangat ni untuk orang yang tak makan sayu-sayuran..boleh ambil 1-2 biji vitalea..Insyallah cukup zat yang akan dapat. nanti halimah cerita apa kandungan VITALEA di entri lain yer..

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua...Kalau nak tahu lebih lanjut..

HALIMAH HASHIM
0127307312
ID : 1066229



No comments