BAHAYA kalau dibiar..KENAPA KITA PERLU DETOKS??

Jom korang masuk kelas Sains sekejap...bukan lama pon, 5 minit je kelas ni..Kita kenal organ dalaman kita..kita sayang diri kita kan??kenalah ambil tau..bukan kita sayang suami,sayang anak2 je kan kena ambil tau..sayang diri sendiri pon kena ambil tau jugak..barulah kita boleh jaga mereka dengan tulang 4 kerat ini..Kalau dah sakit, kesian mereka yang menyayangi kita...tak sanggup nak tgk diorang sedih ,kita kenalah cergas burgas..(betol ke ni??mati aku kalau cikgu BM tgk penulisan aku teruk...,haha!)

Ini apa kelas????



USUS....CIKGU!!!

AHA....BUKAN USUS CIKGU, TAPI USUS!

BAGUSS KALAU SEMUA KENAL..

 (selingan,hehe)


korang tgk ni pulak...bezakan usus yang sihat dengan usus yang tidak sihat sebab tak detoks..Ini gambaran sahaja yer..tapi kalau lah korang boleh nampak sendiri mcm mana keadaan usus korang sekarang, mesti korang laju-laju carik halimah, cari produk herblax sebab nak bersihkan..korang bayangkan lah kalau dah 50 tahun hidup tapi tak pernah cuci usus..50 tahun ok! bukan 5 tahun..50 tahun hidup ni dah banyak segala makanan serap masuk dalam badan..sayang nak detoks ke sayang duit??haaa, baik ngaku...dah lepas halimah cerita2 , harap korang renungkan dan fikir sedalam2nya...ok??

Ini halimah share fakta tentang detoks...harap baca sampai habis supaya beri manfaat kepada kita semua..aminnn..


DETOX adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



USUS adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Cadangan Produk untuk DETOKS:



Ini produk cadangan halimah untuk sesiapa yang nak detoks..2 vitamin ni jer..harga memang murah..

ALFALFA BIG ( 770 biji) : RM97.50
ALFALFA SMALL (330 Biji) : RM 53.75
HERBLAX : ( 120 biji) : RM52.50

Bukan lah ambil ketiga-tiga produk, tapi nak ambil kedua2 produk pon boleh sebab setiap produk ada kelebihannya..

Kalau yang betol2 FOKUS nak cuci usus halimah sarankan herblax.

Kalau yang betol2 fokuskan untuk DETOKS dan MANFAAT LAIN..boleh ambil HERBLAX& ALFALFA


Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.



Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.



Walaupun ada pengambilan supplement, makanan perlu dititikberatkan juga..biar seiring..hasil meletop..jangan berat sebelah..kang goyahh..hehe!

Ok ni ada sikit tips ..kelas siap tips..mane ade kan??

hanya di 

iniblogkesihatan.blogspot.com sahaja..

TIPSNYA ADALAH.....


>>Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).

>>Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). 

>>Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.

>>Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.

>>Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari)

Baik..rasa macam banyak sangat je dah share harini..semoga bermanfaat pada semua..harap jugak mana yang dah ada supplement tu untuk konsisten makan..kalau boleh jangan skip...hehe!

Kalau sebarang pertanyaaN..boleh contact sy yer:

HALIMAH HASHIM
0127307312

No comments