SEMOGA MURAH REZEKI SUAMIKU

Salam...entry kali ni asik tertangguh jer nak upload...halimah, please jangan mungkir janji untuk tidak aktif berblog..hihi!bukan perjanjian dengan sesiapa tau..dengan diri sendiri..blame yourself!uhhh~hahaha

OK semua..untuk mereka yang follow FB dan instagram halimah mereka sedia maklum yang 15 disember 2014 yang lepas adalah birthday suamikuh..tapi halimah lupa nak share dekat kawan-kawan di blog..untuk berlaku adil, halimah share jugak tapi masalahnya ada ke yg baca blog halimah ni??haha~takpe..fikir yang baik-baik jer..insyallah jadi yang baik-baik..bukanlah halimah minta untuk jadi blogger terkenal tapi halimah suka untuk share dengan berjuta orang diluar sana..

Baik, halimah actually sedih sikit sebab hari-hari penting buat kami berdua, husbengg takde disisi..oh !im touch..hari-hari penting bukanlah bermaksud hari lain tak penting..penting jugak lebih-lebih lagi masih berdua ni..cucuk sikit pon boleh terasa sampai tulang tau..haaaa, amekaw!

Husbeng jauhhh nun di bumi India sana, halimah di Malaysia...apa yang boleh kami berdua buat ialah cuma bergayut di telefon bagaikan mula-mula berkasih dulu..berkasih??yer berkasih cuma beberapa  bulan sebelum ambil keputusan nak tunang..haha.best tak??.Ok kesempatan ni hakak nak nasihat jugak kat adik-adik yang bawah umur "Janganlah dok bercinta dulu..rugiiii..sebab belom tentu dia jodoh kita' haaa giteww...Selain bergayutan di telefon, kami cuma boleh VIDEO CALL sahaja..sedihh makk!macam nak cium2 skrin laptop sampai basah..haha..alah, waktu ni jer husbeng nak romantik..hari lain idok lah yer..kirim salam...

kalau ditanya
'bang, sayang macam rasa nak dapat bunga dari abang'

jawapannya best
 'ok sayang,kejap lagi abang ambil yer'

ambil ape??

pasu bunga!suka tak??

waktu tu mata kecik besar je okey...tapi tulah paling romantik aku rasa..haha!sebab dialah syurga buat aku..dialah pembimbing aku..dialah jantung pisang aku..dialah penawar..dialah segala-galanya..

'takpelah bang, pasu bunga pon boleh.'

nampak tak konsep redha...redha isteri dapat suami yang tak romantik..tapi takpe..kalau lebih-lebih romantik sampai tak jaga sensitiviti masyarakat pening pulak aku nanti..

Untuk birthday suami yang ke 29 tahun, ini ucapan aku untuk laki aku :


YA ALLAH,engkau panjangkanlah umur suamiku,agar kami dapat sama-sama meniti usia tua bersama..
YA ALLAH,engkau berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dapat mencari rezeki buat kami dan melindungi kami...
YA ALLAH,engkau kekalkan hatinya hanya buatku hingga ke jannah dn lindunginya segala tipu muslihat dunia...
KETAHUILAH SUAMIKU, selangkah umur kita melangkah .makin hampir kita bertemu dengan ilahi..waktu iti segala nikmat dunia yang sementara akan terputus..Semoga kehidupan kita mendapat limpahan rahmat dari ilahi dan sentiasa diberi petunjuk darinya...insyallah..

Salam sayang dari isterimu..

haaa..romantik tak aku??boleh lah..sebab ucapan ni lahir dari hati..terima kasih hati..anda begitu tulus dalam menulis ucapan untuk orang yang tersayang..sebagai seorang isteri, aku hanya mampu doakan yang terbaik buat suamiku..tak de lain dah selain niat memilih dia menjadi suamiku adalah untuk bersamanya di syurga nanti..itu sahaja!

ok lah..kang berjurai airmata aku yang mahal ni..sebab ketika ini masih menunggu setia suami balik ke Malaysia..tinggal 3 minggu lagi..hope tak dengar dia kena extend..haha!

ok layan ni dulu...

 


No comments