~WAJIB BACA! KENAL PASTI JENIS-JENIS KULIT MUKA ANDA~

Harini halimah nak share sikit info menarik untuk anda semua tentang KULIT..kita cerita kulit je harini, tak tau pulak kulit pon ada banyak kategori..Ok, baca samapai habis lepas tu klasifikasikan jenis kulit muka anda yang mana satu??

Adakah terlalu kering???atau normal??

haa...halimah tak boleh nak tunjuk satu-satu..bila dah baca entri ni boleh pi belek-belek muka depan cermin lepas tu jgn dok diam biar macam tu je..kalau kering beri perhatian sikit..hujung entri nanti halimah bagi cadangan supplement yang sesuai untuk di ambil mengikut budget anda yer...ilmu ni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujukkan kepada jumlah sebum yang terhasil daripada liang-liang roma. Jenis kulit muka boleh dibahagikan kepada 4 iaitu kulit normal, beminyak, kering dan kombinasi. Namun begitu, harus diingatkan juga bahawa jenis kulit muka boleh mengikut masa dan keadaan.


                               



Oleh itu, kita perlu kenalpasti jenis-jenis kulit muka kita dan perlu melakukan pemeriksaan kulit muka dari semasa ke semasa. Untuk mengenalpasti jenis-jenis kulit muka, sila teruskan pembacaa anda.




Kulit Normal


Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.


Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.


Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.


Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.


Kulit Kering


Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.


Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.


Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.


Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.



Kulit Berminyak


Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.


Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.


Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.



Kulit Kombinasi


Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.


Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.


Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.


Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CADANGAN SUPPLEMENT:

Set lengkap untuk kulit lembap, gebu dan cantik 


Set budget ( boleh pilih keduanya atau salah satu, tapi kalau orang yang mengalami masalah parut jeragat, jeragat anda dinasihatkan untuk ambil supplement untuk detoks terlebih dahulu, supplement susulan boleh add on dengan vitamin C @ E sebagai pemulihan


Kalau anda mampu dan mempunyai budget yang besar untuk membasmi masalah kulit kering, penuaan, dan sebagainya..boleh cuba 2 produk di bawah ini. So far alhamdulillah..mereka yang pernah ambil semua repeat order..kalau dah repeat order halimah tak perlu cerita banyak tentang kualiti produk ini..hehe!



ANDA BERMINAT??

UNTUK KETERANGAN LANJUT:

HALIMAH HASHIM
0127307312
ID : 1066229




No comments