KANSER TAK KENAL USIA TUA ATAU MUDA, TAPI....APA ITU KANSER?

Assalamualaikum..harini halimah terpanggil nak share tentang masalah kanser. Bila sebut KANSER jer siapa yang tek gerun?? Kalau kanser jer, masing- masing semuanya mesti dah terbayang rawatan kimoterapi..betol tak??tak pon sebut ke kanser dah bayangkan keadaan orang yang menghadapi masalah kanser..

Mereka bukan minta ye kawan-kawan, itu dah ditakdirkan..ada yang masih hidup dan ada jugak yang menghembuskan nafas yang terkakhir..Mati bukan penghujung cerita untuk masalah kanser. selagi kita masih hidup, selagi kita mampu kita boleh lawan...kita boleh usaha cari penawar untuk masalah kanser..

Kalau sesiapa yang terbaca blog halimah ini, kalau ada pengalaman keluarga terdekat yang menghadapi masalah kanser boleh share dengan halimah yer di komen nanti...Ok tak nak cerita panjang lebar sebab halimah tau masing-masing nak belajar dan timba ilmu bagaimana kanser boleh terjadi??Apa itu kanser??..segala-galanya halimah share di bawah ini..terima kasih pada kak khadeeja yang berkongsi dengan jelas tentang kanser ini..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KANSER BERMULA DARIPADA SEL YANG ROSAK MENJADI KETUMBUHAN

Setiap sistem dalam tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dipanggil Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati. Sel ini dipanggil sel yang rosak.

Pada asalnya sel yang rosak ni tak merbahaya. Tapi oleh kerana ianya rosak, kadang-kadang ada sel ini yang akan menduplikasikan diri tanpa henti. Lepas 21 hari pun takde yang mati.

Semakin lama, sel yang rosak semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medic, tumor. Ketumbuhan masih tak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya localize dan boleh dibuang melalui pembedahan.

Nak lagi mudah faham, boleh rujuk gambar rajah di bawah (credit – Cancer Research UK).






PERMULAAN KANSER YANG MERBAHAYA


Kondisi akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu susunan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini juga akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru untuk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan-kawasan lain di dalam badan dan menyebabkan kanser.

Untuk memudahkan anda faham, saya kongsikan gambar di bawah (credit – Cancer Research UK).






BAGAIMANA SEL BOLEH ROSAK????

Punca kanser dipanggil ‘Carcinogen‘ (dalam Bahasa Melayu – karsinogen). Antara jenis-jenis karsinogen:

1. Rokok
2. Radikal bebas
3. Cahaya matahari
4. Diet yang tidak seimbang
5. Gaya hidup yang tak sihat
6. Genetik
Dan banyak lagi

Sekiranya anda tak merokok, menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda tetap terdedah kepada serangan radikal bebas dari alam persekitaran yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Adalah hampir mustahil untuk anda elak daripada radikal bebas. Sebab itulah anda perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan Anti Oksida ataupun suplemen seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Vivix.


SERANGAN KANSER TAK MENGENAL UMUR....

Walaupun kebarangkalian untuk diserang kanser adalah lebih tinggi apabila usia semakin meningkat, ianya tak bermakna orang muda terselamat.


APAKAH ITU KEMOTERAPI???




Antara cara rawatan kanser yang paling popular ialah kemoterapi. Objektif utama kemoterapi adalah untuk membunuh sel kanser. Tapi oleh kerana ianya dibuat ke atas satu badan, sel badan yang sihat juga akan terkena tempias.

Sebab itulah pesakit yang telah menjalani kemoterapi akan kehilangan rambut yang banyak, susut berat badan dan muka nampak seperti hilang seri. Ubat yang dimakan selepas rawatan kemoterapi juga mempunyai pelbagai side effect.

Ini sedikit rumusan yang saya ambil daripada kawan satu aerobik yang mangalami masalah kanser:

'Akak, sakit tak kemoterapi..selalu dengar org cakap sakit tapi macam mana nak bayangkan sakit nya itu??'

'Dikkk..sakit sangat, kimoterapi ni bagaikan satu azab bagi diri akak..panas rasa..bayangkanlah habis semua yang ada pada badan semua gugur habus..segala-galanya dikk..awak tau masa akak dalam satu tempat tu semua ada masalah kanser...kami diletakkan dalam satu bilik..semua pesakit dekat situ ada masalah kanser..waktu itu semua botak..bayangkan lah...sedihnya hati waktu tu tuhan je tau..mati ke??hidup ke aku??itu je dalam fikiran..''



actually halimah bukan sahaja mendengar cerita pengalaman kawan halimah..tapi halimah mengikuti perkembangan Seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty, pelakon hebat yang sakit menghadapi kanser ..lihat saja keadannya yang jauh beza ketika sihat...Nampak keadaan nya halimah dapat rasakan sakit sangat apa yg dia derita selama ini..~Alfatihah buat beliau~

Alhamdulillah dengan ilmu pengetahuan dan kajian klinikal yang semakin canggih, kini kanser boleh dirawat dengan beberapa kaedah alternatif dan juga dengan pengambilan suplemen seperti Vivix Shaklee. 

Nantikan entry seterusnya untuk saya kupas satu persatu BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MASALAH KANSER???


HALIMAH HASHIM
0127307312
ID : 1066229

No comments