~TUHAN NAK BG RASA RINDU, ALHAMDULILLAH~

Kenapa halimah jiwang sgt malam ni??hehe~
Korang pernah rasa rindu??pernah rasa rindu..cinta..kasih sayang??pernah?
Sy percaya setiap insan di dunia ini pernah rasa semua ni lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayang atau rapaaaattt sgt dengan kita..

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.


Allahuakbar...kalau kita rasa rindu dengan tuhan,kita boleh mengaji, berzikir tanda bersyukur atas nikmatnya..macam-macam yang boleh kita buat untuk rasa dekat denganNya..

Pssttt, kalau halimah rasa rindu dengan suami yang berjauhan , halimah kirimkan doa jer..semoga semuanya selamat disana..Berat hati untuk berjauhan tapi demi untuk rezeki hati kena cekal dan kuatk. this is first time rasa berjauhan..tuhan nak bg rasa RINDU..Org boleh cakap, alahhhh baru sekiannn, sekiann lamanya tapi trust me sekarang halimah dah mula teringatkan suami..hurmmmm, on youtube dengar lagu JAGAKAN UNTUK DIA..sweet tak??hehe~



Mahuku bersama 
Mahuku ke sana diriku tak di sini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa, Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya, Saat ku tiada

Tuhan jaga dia untukku, Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah ,Berkepingan berderaian

Tuhan jaga dia untukku, Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama, Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku, Ke sayap seribu
Biar detik menjadi laju

Langit pun mendengar, Menjadi penawar
Mengusik debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa, Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya, Saat ku tiada

Tuhan jaga dia untukku, Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah, Berkepingan berderaian

Tuhan jaga dia untukku, Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama, Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia



2 comments

  1. akak ni walau sehari husband outstaion pun dah rinduuu. siap menangis. hihi... sebab tak perjah jauh dengan husband...

    ReplyDelete
  2. haaa..itu akk, sy sebulan lebih...hua nak nagis, tapi tak pelah dia keluar cari rezeki untuk isteri..tu yang selalu bermain di fikiran..lama-lama terjana caj positif

    ReplyDelete