~JATUH CINTA DENGAN SURAH AL-RAHMAN~

Salam semua,,,,halimah nak share salah satu surah yang menjadi kegemaran halimah...sukaaaaa sgt baca surah ini..bertambah-tambah rasa syukur dengan nikmat yang diberi olehNya..tak kira apa jua..

Halimah kenal dengan surah ini selepas kak cery selalu pesan..usai solat asar, baca surah alrahman..halimah cari maklumat kenapa kak cery selalu pesan suruh baca surah alrahman..halimah dapat jawapannya hasil sumber ihsan daripada google dan youtube..halimah akan pasangkan video surah Al-rahman ni bila on internet menggunakan laptop..mencari ketenangan bukan susah pon..hanya dengan alunan bacaan alquran, insyallah dapat ketenangan jiwa... kalau dulu halimah suka bukak lagu-lagu , tapi sekarang lebih suka dengar ceramah, alunan alquran dan sebagainya...Bukan lah nak tunjuk baik, tapi halimah syukur sebab perubahan berlaku dalam diri halimah..

selain itu, halimah juga perasan yang halimah sendiri banyak dah berubah..kalau dulu kerasss sgt hati ni..tapi selepas serap jiwa dan hati dengan alquran, zikir, tahajud, dhuha,solat 5 waktu dan sebagainya hati yang keras dah jadi bubur. hihi...lebih redha dan menginsafi perkara-perkara yang lalu. Nak kata perfect tu tidaklah, perlahan-perlahan perbaiki diri, yang penting setiap hari halimah sentiasa ingatkan diri halimah 'aku mesti upgradekan ibadah aku' setiap hari ye kawan -kawan. 

Contoh, harini halimah cuma solat 5 waktu..esok halimah tambah dengan dhuha..esok, halimah tambah dengan mengaji ..esok lagi halimah tambah dan tambah dr semasa ke semasa...halimah pon manusia biasa..sentiasa melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja..tapi halimah sentiasa ingat Tuhan..sentiasa istighfar..

Manusia kawan-kawan, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Hubungan dengan Allah kita jaga,hubungan dengan manusia juga halimah nak jaga...Dengan suami, lebih-lebih lagi..ape yang halimah perasan hati halimah kalau dengan suami lembut sangat..terlalu sensitif kadang-kadang. bibir halimah tak pernah lekang ucapan 'MAAF' dan 'TERIMA KASIH'..halimah sayaaaanng sgt dengan suami..sayang sampai takut halimah buat silap..cepat-cepat halimah minta maaf..kalau nak tidur tu ada buat silap halimah akan nangis..Allahai, lembutnya hati aku dengan suamiku..sama jugak kalau dengan mak ayah...betol kawan-kawan kalau kita sentiasa ingat tuhan..takuuuttt sangat nak melakukan kesilapan..walaupun kita rasa biasa je tu..Allah, syukur sgt dapat rasa nikmatnya rasa takut dengan tuhan..


Ehh,,,macam panjang sgt halimah bebel..tadi cakap nak share apa kelebihan surah al-rahman ni kan..

Ok jom tgk ni, sambil tu boleh click play pada video tu supaya sambil kawan-kawan baca dapat hayati dengan sepenuh hati..Wallahualam..


  Surah Ar-Rahman


Kelebihan Surah Ar-Rahman




1. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).



2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata:

i) “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, halaman 117).



ii) “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surah ini tidak menenteramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, halaman 117).


Selain itu, surah Ar-Rahman juga mempunyai 1 lagi kelebihan iaitu :


  

Bermaksud:

" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"



Ayat ini diulang² dalam surah Ar-Rahman ini..



Tp knpa ayat ini selalu diulang??



Soalan ini pernah ditnya kepada Ustaz Azhar Idrus..



Dan jwpn yang diberikan oleh ustaz ialah :



"manusia mmg sgt x bersyukur kpd Allah. Tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Banyak kesenangan yg Allah berikan kepada hambanya tp hambanya ttp tidak patuh kepada ajarannya. Kebanyakkan hambanya ini rasa semua kesenangan yang dia peroleh adalah dari usahanya dan bukan daripada Allah."

No comments