SEMOGA HUBUNGAN KEKAL HINGGA KE SYURGA

ini cerita siang tadi...

Kawan baik halimah since tadika dah pon selamat menjadi isteri orang..hehe!syok tengok orang kahwin2 ni..mula lah ter throwback masa 21. 3 .2014 hari tu yang mana termaktub dan sah halimah menjadi isteri kepada MOHD ADIB..hehe! 

oh yaa..setiap kali halimah kalau attend majlis nikah , halimah akan  teringat kata -kata ustazah noriah ( ustazah sekolah agama halimah - waktu tu belajar bab munakahat), 

dia pernah pesan.''kalau kita dah jumpa jodoh kita, percepatkanlah urusan untuk bernikah, jangan dilewat-lewatkan sebab masa imam kata SAH jer...syaitan menangis sebab tak berjaya hasut manusia ke jalan mungkar...tapi syaitan tak berhenti disitu, dia akan goda kita di alam perkahwinan pulak''

ha, lebih kurang macam tu lah..ok ni  halimah dapat dari sumber ihsan google :



''Apabila seorang anak teruna selamat diijabkabulkan dengan seorang dara, maka menangislah syaitan-syaitan. Mereka (syaitan-syaitan) tidak lagi berjaya memainkan hati pasangan (suami isteri) itu untuk menuju jalan ke neraka. Tapi apakah mungkin tangisan itu akan berakhir di situ saja atau berlarutan hingga tamatnya majils walimah tersebut? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Semua itu bergantung kepada majlis yang kita laksanakan."

PERKAHWINAN itu satu yang indah tapi bukan mudah yer...bukan semudah ABC, tapi ini soal tanggungjawab...tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami..alang-alang ni nak share sedikit..korang tegak kan mata bila baca bab kahwin2 ni..jadi halimah nak share something..baca bawah ni..

kita ni tak perfect, tapi sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa..untuk jadi yang terbaik mestilah melalui fasa belajar barulah sukses nanti..betol tak??macam bisnes jugak..kena bekajar dari bawah, naik tingkat demi tingkat untuk terus gah dihadapan..
tapi halimah tak samakan yer bisnes dan perkahwinan..ibarat jer, jangan salah faham..

halimah sentiasa ingat pesan prof muhaya

''kalau dulu waktu couple you are so loving,orang kata couple of the year lah, tapi kenapa bila dah sah manjadi suami isteri tak nak rasa dan buat you all sebagai pasangan uang paling bahagia, suami dah depan mata kenapa tak nak layan dia sebaik yang mungkin, suami dah ada depan mata kenapa tak nak ambil peluang menyayangi dia''

tetiba teringat malam tadi halimah msg suami:

''abang...awaklah  syurga saya, terima kasih for everything..mintak maaf kalau ada buat awak terguris hati selama saya menjadi isteri''


ini tips hasil ihsan google , halimah masih dalam fasa belajar jugak so suka nak share dengan you all:


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

ehh lupa pulak nak share gambar...haha!tulah kan jangan lah bagi halimah membebel..ada je idea nak cerita..




ohh yer,...lupa nak cakap..kalau you all nak supplement untuk suami isteri...boleh ambil ini..suggestion produk dari halimah..hehe..

VITAMIN CINTA SUAMI & ISTERI:

Untuk menyemarakkan kembali hubungan suami isteri, halimah mengesyorkan 3 supplement dan vitamin seperti berikut:





Vitamin E dikenali juga sebagai ‘vitamin seks’ selain daripada berfungsi sebagai vitamin anti-penuaan yang tinggi antioksida. Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone. Uniknya Vitamin E Shaklee kerana ia turut dilengkapi dengan Selenium. Jumlah selenium yang mencukupi sangat penting dalam mencapai puncak prestasi seksual.



halimah sukaaaaaa sgt alfalfa shaklee ni..nak tau??contact halimah yerr..kita bisik buzz di whatsapp/telegram

Alfalfa adalah Raja kepada segala tumbuhan. Ia membantu merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, ia sangat membantu dalam “hubungan” suami isteri (to enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.



ESP menyediakan sumber tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll. Oleh itu, ESP sangat membantu para wanita & isteri mengatasi masalah keletihan mereka yang telah seharian bekerja di pejabat dan di rumah. Adalah satu bonus jika payudara anda kembali anjal dgn bantuan ESP! Malahan ada juga yg memberi testimonial yg mendapati kulit wajah dan seluruh badan menjadi semakin putih dan mulus!


BUAT PARA ISTERI..JOM KEMBALI HANGATKAN ASMARADANA DAN HUBUNGAN INTIM INI..

up song untuk you all and my husbengg nun jauh di sana...musim kahwin kan???hehe..semoga terhibur..




HALIMAH HASHIM
012.730.7312
iniblogkesihatan.blogspot.com



No comments